Wednesday, 17 March 2021

JTC OmniBlend V TM-800A blender repair

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah mesin pengisar (blender) berjenama JTC, Model TM-800A yang langsung tidak berfungsi apabila dibekalkan arus elektrik.

JTC OmniBlend V

Pemilik memberitahu saya ianya rosak serentak dengan sebuah komputer serta mesin pencetak (printer) setelah bekalan elektrik terputus secara tiba-tiba.

Model: TM-800A

Kerosakkan peralatan elektrik/elektronik biasanya bukan disebabkan oleh 'blackout' atau bekalan elektrik terputus secara tiba-tiba. Ianya adalah disebabkan ketika bekalan elektrik tiba-tiba kembali dan peralatan elektrik/elektronik tidak dipadam.

Setelah dibuka...

Setelah dibuka, jelas kelihatan ada kesan letupan berlaku pada papan litar seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Komponen meletup...

Komponen yang hangus serta meletup ialah sebiji kapasitor namun tidak diketahui nilainya berikutan labelnya tidak kelihatan lagi. Saya gantikan dengan sebiji kapasitor yang sama saiz dengan label 222M seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Kapasitor 222M (2200pF)

Selain kapasitor yang meletup di atas, pemeriksaan menyeluruh juga menemui litar pintas pada sebiji diod berlabel 1N4007.

Diod dan kapasitor siap ditukar...

Untuk pengetahuan semua, mesin pengisar ini tidak dilengkapi dengan fius pada papan litarnya dan kerosakkan komponen di atas telah juga mengakibatkan litar pada PCB terputus.

Gambar di atas menunjukkan litar yang putus telah saya sambung kembali. Gambar di bawah pula menunjukkan suis utama juga rosak dan telah saya gantikan dengan yang baru.


Setelah kesemua kerosakkan di atas telah siap dibaiki dan diuji, mesin pengisar tersebut telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula.

Untuk pengetahun semua, sekiranya ada kejadian 'blackout' atau bekalan elektrik terputus secara tiba-tiba, pastikan anda memadamkan suis pada soket sebelum bekalan elektrik kembali semula untuk mengelak kerosakkan seperti di atas.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.