Friday, 19 March 2021

Penjejakan Digital (Digital Tracking) CoVid-19

Dua hari yang lepas pada 17/03/2021 saya telah menjalani ujian calitan (swab test) dan anda boleh rujuk di sini.

Dua sampel akan diambil iaitu calitan pada tekak dan hidung. Pengambilan sampel calitan melalui hidung akan menyebabkan mata berair dan rasa pedihnya seperti hidung dimasuki air ketika menyelam.


Setelah selesai pengambilan sampel calitan, saya dipasang gelang tangan (wristband) untuk penjejakan digital.


Setiap individu yang telah menjalani ujian calitan akan diberi surat perintah pengawasan dan pemerhatian di bawah seksyen 15(1) akta pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit 1988 [Akta 342].


Saya dikehendaki membuat imbasan kod pada gelang tangan untuk melaporkan lokasi dua kali sehari di antara pukul 8am hingga 10am dan 8pm hingga 10pm.

Kegagalan mematuhi segala perintah boleh disabitkan dengan kesalahan serta hukuman di bawah seksyen 24 Akta 342. 

Pemeriksaan pada aplikasi mysejahtera pada pagi ini mendapati status 'kes suspek' sebelumnya telah bertukar ke 'risiko rendah' seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Saya masih berpendapat, kes suspek pada aplikasi mysejahtera tidak seharusnya terus menjalani ujian calitan serta kuarantin dan cuma perlu membuat pemeriksaan kesihatan sahaja dengan dirujuk kepada pegawai perubatan atau doktor terlebih dahulu.

Kenapa klinik kesihatan serta hospital begitu trauma menangani kes berkaitan CoVid-19 dengan menendang saya ke sana sini seperti yang saya lalui dua hari lepas.

Mungkin kah ujian calitan CoVid-19 itu adalah pemeriksaan kesihatan?

Apa pun, saya kini menunggu keputusan ujian calitan yang dijangka diperolehi dalam masa 3 hari.

Ujian calitan ke-2 akan diambil pada 25/3/2021.

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.