Monday 1 March 2021

SAMSUNG PS51D451A3 Plasma TV repair

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah TV plasma berjenama SAMSUNG, model: PS51D451A3 dengan masalah tidak berfungsi langsung apabila dibekalkan arus elektrik.

SAMSUNG PS51D451

Sebelum ini saya banyak dirujuk TV plasma dengan saiz 43 inci namun kali ini saiznya pula ialah 51 inci dan susunan PCB di dalamnya juga berbeza.

Model: PS51D451A3

Setelah penutup belakang dibuka seperti boleh dilihat pada gambar di bawah, tiada kerosakkan yang boleh dilihat dengan pandangan mata kasar.

Setelah penutup belakang dibuka...

Oleh kerana TV tersebut langsung tidak berfungsi, saya mulakan pemeriksaan pada PSU dan komponen pertama yang saya periksa ialah fius utamanya.

PSU (power supply unit)

Fius utamanya putus dan apabila saya keluarkan PSU, kelihatan ada tompok hitam pada bahagian bawahnya seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Tompok hitam di bawah PSU...

Pemeriksaan menyeluruh pada PSU tidak menemui sebarang komponen lain yang rosak selain fiusnya dengan nilai 8A.

Litar pintas dari PSU...

Jadi, saya hanya tukar fiusnya dengan yang baru dan apabila dibekalkan arus elektrik, lampu 'standby' berwarna merah kini menyala.

Fius 8A putus...

Saya hidupkan TV dan periksa voltan Va serta Vs dan ianya stabil tanpa perlu dilaras semula.

Vs - 207v

TV tersebut telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula dengan hanya menukarkan fius utamanya sahaja.

Va-58v

Soalannya sekarang ialah, kenapa litar pintas berlaku pada bahagian bawah papan litar PSU terjadi?

Testing - lampu standby menyala...

Apabila saya siasat menyeluruh, saya dapati ada kesan calar serta kemek yang serius pada penutup belakang TV. Kesan tersebut kemungkinan besar telah menekan PSU TV tersebut sehingga bahagian bawahnya bersentuhan dengan badan/chasis TV dan mengakibatkan litar pintas.

Tested - ok

Anda boleh tonton klip video yang saya ambil di bawah untuk keterangan lanjut.


Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.