Thursday 25 March 2021

2nd CoVid-19 swab test

Hari ini merupakan temujanji saya untuk mengambil sampel calitan CoVid-19 yang ke-2. Sampel calitan pertama telah diambil pada 17/3/2021 dan anda boleh rujuk di sini.

Waktu operasi bermula jam 9 pagi dan saya tiba awal dengan harapan agar 'selesai cepat dan boleh balik awal'.

Harapan saya meleset setibanya di pusat persampelan apabila telah ramai yang duduk menunggu seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Gambar diambil dari kedudukan tempat duduk saya ketika itu.

Saya hanya dibenarkan masuk setelah sejam menunggu giliran di luar dewan dan imbasan mysejahtera kali ini berwarna hijau (low risk) seperti boleh dilihat gambar di atas.

Proses menunggu serta pengambilan sampel calitan ke-2 lebih mudah dan mengambil masa kira-kira 30 minit sahaja.


Saya juga diberi surat perintah kuarantin yang baharu dan perbezaannya dengan surat yang pertama dahulu ialah perkataan 'renew' seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Setibanya di rumah, perkara pertama yang saya lakukan ialah mandi serta rendam kesemua pakaian yang saya pakai.

Saya dapati tiada penjarakan sosial ketika menunggu di luar serta di dalam dewan. Saya pasti jarak di antara kerusi menunggu adalah kurang dari satu meter.

Selain daripada itu, ketika menunggu, kami kerap bertukar tempat duduk dari satu kerusi ke kerusi yang seterusnya sehingga dipanggil untuk masuk dewan serta sebelum dipanggil untuk mengambil sampel calitan.

Saya juga berpendapat peluang dijangkiti amat tinggi sekiranya ada yang positif di hadapan kita.

Nasihat saya ialah jangan pergi terlalu awal ke pusat saringan untuk mengelak kesesakan seperti yang saya lalui di atas.

Semoga keputusan calitan ke-2 saya juga negatif dan tidak dijangkiti melalui proses yang tiada penjarakkan sosial pada pagi ini.



No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.