All sharing are based on my personal experience. Your comment will be attended within 24 hours. Cheers!
Monday, 28 October 2019
JOVEN EC802 water heater repair
Pagi ini saya dirujuk dua buah 'water heater' berjenama JOVEN, Model: EC802 dengan memo mengatakan ianya rosak.
JOVEN EC802
Pemilik memberitahu saya bahawa ianya boleh dihidupkan tetapi air tidak panas. Apabila saya uji, lampu hijau sahaja menyala dan lampu merah tidak menyala walaupun tombol suhu pemanas telah dilaras.
Schematic diagram
Mari kita buka dan lihat apa di dalamnya serta cari punca masalahnya. Setelah dibuka, apa yang boleh dilihat adalah seperti pada gambar di bawah.
Setelah penutup dibuka...
Jika tidak panas, benda pertama yang harus diperiksa ialah elemen pamanas serta 'thermal fuse' seperti yang telah saya tandakan pada gambar di bawah.
Periksa thermal fuse dan heater (pemanas)
Setelah diperiksa, kedua-dua thermal fuse dan elemen pemanas tersebut dengan multimeter, ianya masih elok.
Rintangan pemanas = 15.5Ω
3.6kW (3600W)
Oleh kerana ianya masih boleh dihidupkan, cuma tidak panas, jadi saya tidak periksa komponen pada papan litar tersebut.
Reed switch rosak...
Pemeriksaan seterusnya mendapati bahawa sebiji 'reed switch' telah dipasang pada bahagian air mengalir masuk kepada 'water heater' tersebut.
Reed switch asal...
Cara untuk memeriksa reed switch ialah dengan menggunakan magnet. Jika tiada 'continuity' setelah didekatkan dengan magnet bermaksud reed switch tersebut telah rosak.
Atas: rosak, Bawah: Baru
Reed switch tidak dapat dibaiki, anda perlu beli reed switch yang baru dan tukar dengan yang baru.
Pasang reed switch baru...
Untuk makluman semua, fungsi reed switch tersebut disambung pada bahagian air mengalir masuk adalah salah satu ciri-ciri keselamatan yang ada pada water heater tersebut.
Sambung ke papan litar...
Maksudnya, jika air tidak mengalir masuk (tiada pengguna air panas) water heater tersebut tidak berfungsi.
Siap...
Apabila ada pengguna air panas dan air mengalir masuk, reed switch tersebut akan bersambung dan baru lah water heater tersebut berfungsi dan memanaskan air.
Testing...
Setelah berpuas hati dan tiada lagi kerosakan dijumpai, saya membekalkan arus elektrik dan menguji 'water heater' tersebut dan ianya masih boleh digunakan.
Tested - ok
Ketika saya membaiki 'water heater' ini, apa yang terlintas di fikiran saya ialah orang zaman sekarang agak pelik.
Di rumah guna penghawa dingin sebab tak mahu panas tetapi bila mandi guna air panas. Pelik tapi benar...
Double extra safety - thermal fuse & reed switch
Ketika saya di zaman kanak-kanak, hanya masa sakit saja emak/ayah bagi mandi air panas. Mungkinkah orang zaman sekarang hari-hari sakit?
1A hingga 2A, pilih saiz yang hampir sama jika anda tidak tahu rating reed switch. Reed switch boleh didapati dengan mudah di kedai yang menjual komponen eletronik.
Laraskan thermostat untuk menukar suhu air panas. Nombor yang besar panas lagi. Kalau dah laras paling rendah masih terlalu panas juga kena periksa thermostat, mungkin ada masalah.
Tumpang tanya... water heater sy pun brand ni jg. Air masih panas cuma bila pkai tiba2 mati...kjp lgi hidup balik... on off on off... rosak bahagian mna ya agaknya?
Ada juga kemungkinan tiada masalah sebab kalau air dah cukup panas, 'thermostat' akan putuskan bekalan elektrik dan lampu merah akan padam. Apabila suhu air turun, 'thermostat' akan bekalkan semula elektrik untuk panaskan air semula. Proses on/off lebih kerap jika melaraskan 'thermostat' pada suhu yg rendah.
Shower heater saya jenama Panasonic Model DH-3HS2.. lampu menyala tapi airnya tak panas. Saya dah tukar thermo suis tapi masih tak selesai masalah. Mohon cadangan tuan. Terima kasih..
Saya belum pernah dirujuk shower heater berjenama Panasonic namun saya pasti konsepnya sama. Jika shower heater tidak panas, periksa berikut:- 1. Heater (pastikan tak putus atau litar pintas) 2. Thermal fuse (pastikan tak putus) 3. triac (pastikan tak putus atau litar pintas) 4. Flow sensor (pastikan ianya berfungsi) 5. Jika kesemua di atas elok, masalahnya pada papan litar. Cari komponen yang rosak dan gantikan.
Tuan, nak tanya. Water heater brand alpha with pump. Masalah air tak keluar, tapi pump bunyi. Kalo bypass water heater, air keluar mcm biasa. Ape masalah nye tuh ye? Terima kasih.
Tuan,panasonic dh-3ep1m air tak keluar..pump berfungsi.lamp hijau.lamp merah xmenyala..sy rase mgkin dr incoming air xmasuk...adakah punca air low pressure..??
tuan,water heater sy model joven i90p,silent water pump,mslh skrg ni bila on power,lampu hijau nyala,bila tekan suis dia,pump x bfungsi,tp air keluar slow sbb pump x fungsi dan lampu merah xmenyala serta x panas.apa msalah tu.
Salam tuan,sekiranya air panas sentiasa walaupun saya tidak mengaktifkan "heater", ape penyebab masalah itu berlaku? Water pump pun "On" & "Off" sendiri.
helo bos..sye technision Aircond.sye ada psg water heater dirmh customer.sye MCB 20A dr DB box terus ke itersuis.dan terus suply ke water heater.guna cable 2.5mm..bile on unit berfungsi baik..air panas dan pancut keluar.tp dlm 10-15minit guna...brlaku trip di MCB..sye gnti MCB 32A pula...masih lg berlaku trip..semua sambungan cable dr DB,itersuis,water heater pun tiada apex masalah..soalan sye..adakah ada kerosakan pd water heater penyebab berlakunya trip pd MCB??klu rosak apa jenis kerosakan tu??mohon pencerahan bos
Boss..water heater joven dgn water pump sblum ni xpns n pump xhidup .bila sy tukar flow magnet sensor xbfungsi jgk..lps tukar thermal fuse dia dia pndai hidup skali..lps tutup air masuk..kmudian on blk dah xdpt..abis sdh sy cek..reed switch sume tp skrg xpndai pns jgk
info yang sgt bermanfaat sir. dah kira2 mau beli baru. sbb dah 3x saya baiki heater saya dan msalahnya memang reedswitch. tapi bila baca info ni baru tau rupa reedswitch tu wpun mekanik dah tunjuk dulu. nak tau harga sebijik tu berapa ya..? tq sir
ada soalan lagi ni. 1. adakah cara sambung ke wayar guna soldering ? 2. cara psg nya bebas tak.? mksud i takda aturan benda tu perlu ikut arah utara ke barat..takde arah + - kah , takut pula pasang terbalik.
Boleh, tetapi kedudukan suhunya akan berbeza dengan asal ketika di laras.
Anda perlu laraskan lebih untuk mendapatkan suhu yang sama seperti dahulu sebab rintangannya lebih tinggi namun suhu ketika dilaras maksima tetap sama.
Hi sir, I'm using Joven 820i water heater. Now the water come out is hot, but I unable to adjust the temperature even I turn the knob to low temperature or high temperature, the water come out at the fixed temperature without change. Any idea with this problem?
Hi Wong, the fixed temperature is hot, kind of can't direct contact to body. Red light is ON when there is water flow. Red light is OFF when stop water flow.
Flow sensor - ok Heating element - ok PSU - ok Triac - ok The only left are potentiometer (300kΩ) & mainboard. So far I never encounter such problem. Could be shorted potentiometer or faulty components on the mainboard.
Water heater saya jenama joven.... masalahnya bila saya guna water heater lbh kurang 10 minit, suis board off (mcm short circuit)....apa kerosakannya ye
Maaf Pak din, saya belum pernah dirujuk masalah water heater dengan masalah sedemikian. Rasanya ada kebocoran elektrik, cuba buka dan periksa pendawaiaannya. Saya teka ada penyalut wayar lebur sebab panas.
Sorry, I don't have those components mentioned by you. You can get those components from E-Sound electronic service(former you yee electronic service) loacated next to Parkson, same row with Astro office.
Kes terbaru dua hari lepas tu belum tahu lagi, biar pakar siasat & tunggu laporan mereka.
Banyak kemungkinan boleh kena renjatan elektrik water heater. Antranya ialah masalah pendawaian yang telah usang, wayar bumi tidak disambung atau sambungannya tidak elok atau juga pembumian tidak elok, ELCB tidak berfungsi dan sambung water heater guna plug 3-pin.
Pastikan water heater dipasang oleh mereka yang bertauliah.
water heater jenama shopia, semua ok lampu hijau dan merah menyala, cuma bila tutup shower tangki akan menggelegak atau mendidih sehingga trip,,kena buka shower dan biar air pancut keluar beberapa ketika baru boleh reset, boleh bagi info?
Flow sensor rosak, sepatutnya heater padam dan lampu merah padam ketika air ditutup. Mungkin reed switch rosak atau mungkin juga magnet melekat pada bahagian atas dan tidak jatuh ke bawah bila air di padam.
Maaf, saya belum pernah dirujuk dengan masalah ELCB test tak berfungsi. Mungkin butang test/reset rosak, cuba periksa 'continuity' bila suis tersebut ditekan.
hi boss. saya ada buat test elcb beberapa kali dalam satu masa. kali pertama, kedua dan ketiga, apabila tekan elcb test, shower trip dan reset switch keluar, saya tolak reset switch dan shower on seperti biasa. tapi, pada kali keempat, apabila saya tekan elcb test, shower trip dan reset switch keluar, saya tolak reset switch tetapi ia keluar balik. seolah tidak boleh reset. sekarang shower tak boleh on. kenapa ya boss? terima kasih
hi bro! nk tnya, water heater baru beli pasang sendiri, jenama joven. wiring & piping buat sendiri. wire 4mm + mcb + rccb asing utk safety. tapi mslhnya dia kurang panas walaupun temperature max. suam suam je. ada idea tak bro?
Macam tak cukup supply. Cuba periksa supply voltage cukup tak. Kalau supply betul, rasanya masalah water heater. Jika sah masalah water heater, buat aduan kepada penjual sbb ada warranty. Biasanya masalah thermal fuse atau variable resistor (potentiometer).
Banyak jenis water heater di pasaran dengan fungsi berbeza-beza. Joven yang saya baiki di atas memang perlu kawal air masuk dengan menggunakan tap air.
Maaf, saya juga belum pernah dirujuk masalah pam tidak padam seperti tuan/puan alami di atas. Mungkin masalah flow sensor di mana magnet melekat dan tidak bebas bergerak atau komponen pada papan litar rosak. Mungkin pautan di bawah boleh membantu anda. http://lifebeginsatforty40.blogspot.com/2020/02/joven-pc838p-water-heater-repair.html?m=1#comment-form
Hi good sir. Water heater Joven saya, model silent dc pump, dulu tiada masalah. Sekarang masalah dia ialah bila dah off water heater, air masih keluar. Solusi sy sekarang cuma tutup paip air ke water heater sahaja baru air berhenti keluar. Boleh tahu apa masalah? Terima kasih sir.
Model i90P-RS. Pili ada dua ke? FCF Valve satu( ni ada tulis + - volume), dengan yang macam kepala paip dia warna pink satu. FCF Valve tu kalau dah pusing habis ke (- volume), dia masih ada keluar air sikit walaupun dah kurang. Saya perlu pusing tutup yang warna pink tu sampai air berhenti sepenuhnya. Sedangkan sebelum ni lepas pemasangan perlu on off sahaja water heater tu kalau dah siap mandi, tak ada usik apa-apa.
Elemen pemanas sudah periksa ok juga..tapi masih tidak panas..sudah tukar tangki lain..sama jg..ada cara lain ka bro memohon pencerahan..Terima kasih..
hy boss.. saya menggunkan joven ec 802,saya dah tukar reed switch,flow sensor. Dah on ok tapi tak lama lepas tu lampu merah padam kemudia dalam seminit hidup semula lampu merah tu...adakah masalah thermal fuse? Minta bantuan tuan....
Kalau ada trip maksudnya ada kebocoran elektrik atau litar pintas. Cari dulu mana punca kebocoran elektrik, mungkin bukan dari water heater. Jika syak kebocoran pada water heater, buka semua sambungan wayar ke water heater. Jika lepas buka sambungan masih trip, masalah bukan pada water heater.
Salam Sejahtera Tuan.. mohon pertanyaan.. Joven 10e saya on switch lampu merah dan hijau menyala.. bila buka air..lampu hijau off.. tinggal lampu merah sahaha..Adakah normal?.. dan kadang2 lampu hijau dan merah menyala sekaligus masa air flow
Salam sejahtera. Water heater Rubine model rwh-p3000-wh.
Lampu hijau boleh kekal menyala bila on. Bila on air, lampu merah dapat on lebih lama untuk pertama kali dan air boleh panas. Tapi bila off dan on air seterusnya, lampu merah hanya on beberapa saat dan air jadi tidak panas. Apa masalahnya? Terima kasih.
Hi Sir. Water heater model saya ialah Joven EC802 and the problem is the green light is on but no red light thus no warm water comes out. Based on research, i suspect is the reed switch. Where can i send my heater for repair even though I know the problem?
Flow sensor problem, either reed switch faulty or magnet faulty. Refer to link below on 'magnet faulty'. https://lifebeginsatforty40.blogspot.com/2021/10/joven-ec802-water-heater-repair.html?m=1
Apa rating untuk reed switch tu?
ReplyDeleteKat mana saya boleh beli reed switch tu?
1A hingga 2A, pilih saiz yang hampir sama jika anda tidak tahu rating reed switch. Reed switch boleh didapati dengan mudah di kedai yang menjual komponen eletronik.
DeleteKalau water heater air terlalu panas macam mana ye
ReplyDeleteLaraskan thermostat untuk menukar suhu air panas. Nombor yang besar panas lagi. Kalau dah laras paling rendah masih terlalu panas juga kena periksa thermostat, mungkin ada masalah.
DeleteAda juga kemungkinan 'flow sensor' tidak berfungsi dengan sempurna.
Deletehttp://lifebeginsatforty40.blogspot.com/2019/12/joven-ec802-flow-sensor-repair.html
Joven model 820i Air terlalu panas walaupun dilaras minimum apa masalah itu
DeleteBiasa potentiometer rosak. Rujuk pada artikel pada pautan di bawah.
Deletehttps://lifebeginsatforty40.blogspot.com/2020/07/masalah-water-heater-joven-terlalu-panas.html?m=1
klu langsung tk ada power
ReplyDeletePeriksa PSU. Ada artikel berkaitan PSU pada pautan (link) di bawah.
Deletehttp://lifebeginsatforty40.blogspot.com/2019/11/joven-sa10e-water-heater-repair.html
kalau lampu hijau tidak menyala...apa yang rosak & boleh dibaiki atau tidak (joven with pump)
ReplyDeletePSU (Power supply unit ada masalah. Rujuk pautan di bawah.
Deletehttp://lifebeginsatforty40.blogspot.com/2019/11/joven-ec802-water-heater-repair.html
tqvm tuan
DeleteMungkin artikel ini lebih sesuai dengan masalah 'water heater' anda yang ada pam.
Deletehttp://lifebeginsatforty40.blogspot.com/2020/02/joven-pc838p-water-heater-repair.html
Hi nak tanya kalau dah tukar Reed switch tu lepastu LED merah dah menyala tapi dia berkelip kelip dan tak panas. Kenapa ya?
ReplyDeletePeriksa heater (Pemanas) dan thermal fuse. Thermal fuse boleh reset. Rujuk pautan di bawah.
Deletehttp://lifebeginsatforty40.blogspot.com/2019/11/joven-ec802-water-heater-repair_12.html
Nak Tanya nk Beli components thermal fuse,sensor, thermostat ni dekat mana ye? Thermal fuse ni nk tau die rosak mcm mne..
ReplyDeleteBoleh cari di mana-mana kedai elektronik.
DeleteCara periksa thermal fuse tu sama dengan fius biasa. Kalau rosak tak ada 'continuity' atau putus jika diperiksa dengan multimeter.
Tuan punya kedai dekat mane ye?
ReplyDeleteSaya berada di Miri, Sarawak. Tak buka kedai, buat suka-suka bantu orang ramai.
DeleteTumpang tanya... water heater sy pun brand ni jg. Air masih panas cuma bila pkai tiba2 mati...kjp lgi hidup balik... on off on off... rosak bahagian mna ya agaknya?
ReplyDeleteAda juga kemungkinan tiada masalah sebab kalau air dah cukup panas, 'thermostat' akan putuskan bekalan elektrik dan lampu merah akan padam. Apabila suhu air turun, 'thermostat' akan bekalkan semula elektrik untuk panaskan air semula. Proses on/off lebih kerap jika melaraskan 'thermostat' pada suhu yg rendah.
DeleteShower heater saya jenama Panasonic Model DH-3HS2.. lampu menyala tapi airnya tak panas. Saya dah tukar thermo suis tapi masih tak selesai masalah. Mohon cadangan tuan. Terima kasih..
ReplyDeleteSaya belum pernah dirujuk shower heater berjenama Panasonic namun saya pasti konsepnya sama. Jika shower heater tidak panas, periksa berikut:-
Delete1. Heater (pastikan tak putus atau litar pintas)
2. Thermal fuse (pastikan tak putus)
3. triac (pastikan tak putus atau litar pintas)
4. Flow sensor (pastikan ianya berfungsi)
5. Jika kesemua di atas elok, masalahnya pada papan litar. Cari komponen yang rosak dan gantikan.
Selamat mencuba.
Saya punya skru pengikat thermal fuse sudah tercabut dari tapak die..adakah tu punca water heater tidak panas? Saya punya heater model joven 502
ReplyDeleteMungkin, cara periksa thermal fuse ialah sama dengan fius biasa menggunakan multimeter. Jika tiada 'continuity', ianya putus dan harus diganti.
DeleteTuan, nak tanya. Water heater brand alpha with pump. Masalah air tak keluar, tapi pump bunyi. Kalo bypass water heater, air keluar mcm biasa. Ape masalah nye tuh ye? Terima kasih.
ReplyDeleteMaaf, saya belum pernah dirujuk water heater berjenama alpha. Kena buka dan periksa baru tahu apa masalahnya.
DeleteAdakah 'bypass' yg anda maksudkan tu, padamkan bekalan elektrik?
Mungkin flow sensor rosak. Jadi air tidak mengalir masuk.
DeleteSaya belum pernah dirujuk masalah tak keluar air. Jika jenama JOVEN, flow sensor rosak macam mana pun, air tetap mengalir & tidak sumbat.
DeleteTuan,panasonic dh-3ep1m air tak keluar..pump berfungsi.lamp hijau.lamp merah xmenyala..sy rase mgkin dr incoming air xmasuk...adakah punca air low pressure..??
ReplyDeleteMaaf, setakat ini saya juga belum pernah baiki water heater berjenama Panasonic. Kena buka dan periksa baru tahu apa masalahnya.
DeleteBoss. Kalau joven water heater bunyi clicking apa masalah ya??
ReplyDeleteClicking tu bunyi relay untuk hidup/matikan heater. Jika bunyi clicking terlalu kerap, flow sensor (magnet atau reed switch) ada masalah.
DeleteSaya ada dua jenis joven yg sama. Satu bunyi clicking. Yg stu kerap hangus switch.
DeleteBuka & periksa, saya rasa masalah pada flow sensor.
Deletetuan,water heater sy model joven i90p,silent water pump,mslh skrg ni bila on power,lampu hijau nyala,bila tekan suis dia,pump x bfungsi,tp air keluar slow sbb pump x fungsi dan lampu merah xmenyala serta x panas.apa msalah tu.
ReplyDeleteSila rujuk artikel pada pautan di bawah. Mudah-mudahan boleh membantu.
Deletehttps://lifebeginsatforty40.blogspot.com/2020/02/joven-pc838p-water-heater-repair.html
Hello bos. Apa sebab kalau pump tidak berfungsi. Lampu hijau menyala.
ReplyDeleteMasalah flow sensor.
DeleteSalam tuan,sekiranya air panas sentiasa walaupun saya tidak mengaktifkan "heater", ape penyebab masalah itu berlaku? Water pump pun "On" & "Off" sendiri.
ReplyDeleteSaya menggunakan Water Heater Alpha IM-9EP.
Jika masalah seperti ini pada water heater joven seperti di atas, flow sensor rosak.
DeleteBos, saya gunakan water heater joven..masalah yang berlaku sekarang, api untuk water heater ada tapi air tidak keluar. Masalah apa ea..
ReplyDeleteJika air tak keluar maksudnya ada yang sumbat. Buka dan periksa. Mungkin model tertentu ada menggunakan 'valve' dan rosak.
Deletehelo bos..sye technision Aircond.sye ada psg water heater dirmh customer.sye MCB 20A dr DB box terus ke itersuis.dan terus suply ke water heater.guna cable 2.5mm..bile on unit berfungsi baik..air panas dan pancut keluar.tp dlm 10-15minit guna...brlaku trip di MCB..sye gnti MCB 32A pula...masih lg berlaku trip..semua sambungan cable dr DB,itersuis,water heater pun tiada apex masalah..soalan sye..adakah ada kerosakan pd water heater penyebab berlakunya trip pd MCB??klu rosak apa jenis kerosakan tu??mohon pencerahan bos
ReplyDeleteBoleh beritahu apa jenama dan model water heater? Saya syak overload.
DeleteBoss..water heater joven dgn water pump sblum ni xpns n pump xhidup .bila sy tukar flow magnet sensor xbfungsi jgk..lps tukar thermal fuse dia dia pndai hidup skali..lps tutup air masuk..kmudian on blk dah xdpt..abis sdh sy cek..reed switch sume tp skrg xpndai pns jgk
ReplyDeleteRujuk kepada artikel pada pautan di bawah untuk water heater yang ada pam. Semoga boleh membantu.
Deletehttp://lifebeginsatforty40.blogspot.com/2020/02/joven-pc838p-water-heater-repair.html?m=1
tuan. water heater saya on switch je terus pam jln non stop.kenapa ye
ReplyDeleteMasalah flow sensor. Buka dan periksa, biasa magnet kembung dan tidak bebas bergerak di dalam flow sensor.
Deleteinfo yang sgt bermanfaat sir. dah kira2 mau beli baru. sbb dah 3x saya baiki heater saya dan msalahnya memang reedswitch. tapi bila baca info ni baru tau rupa reedswitch tu wpun mekanik dah tunjuk dulu. nak tau harga sebijik tu berapa ya..? tq sir
ReplyDeleteHarga 'reed switch' sebiji dalam beberapa ringgit sahaja. Harga borong jika beli 'online' tak sampai 50sen sebiji.
Deleteada soalan lagi ni.
Delete1. adakah cara sambung ke wayar guna soldering ?
2. cara psg nya bebas tak.? mksud i takda aturan benda tu perlu ikut arah utara ke barat..takde arah + - kah , takut pula pasang terbalik.
1. Sambung guna soldering.
Delete2. Bebas.
Selamat mencuba...
Berapa untuk repair....
ReplyDeleteSaya dah tunjukkan caranya, DIY tak sampai RM10.
Deletesy tlg jwp. biasa tempat sya repair 50rm di syarikat joven sendri. baik buat sendri kalau tau kerosakan nya.
DeleteTerima kasih
Deleteflow sensor x kisah ke klu masuk terbalik2..
ReplyDeleteya, flow sensor (reed switch) berfungsi seperti suis sahaja. Tak ada -ve/+ve, sambung terbalik juga berfungsi seperti biasa.
DeleteHi bro. Berapa nilai Potentiometer EC802
ReplyDeleteB300K = 300kΩ
DeleteKalau saya pakai yang b500k boleh kah. Sebab kedai spare parts tak ada yang 300k
DeleteBoleh, tetapi kedudukan suhunya akan berbeza dengan asal ketika di laras.
DeleteAnda perlu laraskan lebih untuk mendapatkan suhu yang sama seperti dahulu sebab rintangannya lebih tinggi namun suhu ketika dilaras maksima tetap sama.
Ok tq banyak2 boss.👍
DeleteSelamat mencuba..
DeleteHello boss. I am using Joven pc838p. Problem
ReplyDelete1 both lights green and red not functiong
2. Booster pump dosent work.
may i know what is the reason? tq boss
No supply, check the PSU (power supply unit).
DeleteHi sir, I'm using Joven 820i water heater.
ReplyDeleteNow the water come out is hot, but I unable to adjust the temperature even I turn the knob to low temperature or high temperature, the water come out at the fixed temperature without change.
Any idea with this problem?
How's the fixed temperature? Not hot enough or too hot? Does the red light turn off when you stop the water flow?
DeleteHi Wong, the fixed temperature is hot, kind of can't direct contact to body.
DeleteRed light is ON when there is water flow.
Red light is OFF when stop water flow.
Flow sensor - ok
DeleteHeating element - ok
PSU - ok
Triac - ok
The only left are potentiometer (300kΩ) & mainboard. So far I never encounter such problem. Could be shorted potentiometer or faulty components on the mainboard.
Good job, cheers!
DeleteWater heater saya jenama joven.... masalahnya bila saya guna water heater lbh kurang 10 minit, suis board off (mcm short circuit)....apa kerosakannya ye
ReplyDeleteMaaf Pak din, saya belum pernah dirujuk masalah water heater dengan masalah sedemikian. Rasanya ada kebocoran elektrik, cuba buka dan periksa pendawaiaannya. Saya teka ada penyalut wayar lebur sebab panas.
DeleteMr Wong, I live in Miri too. Want to find my water heater spares. Where is yur store? Hard to find the components. Brand Joven
ReplyDeleteWhich component? I do keep some for repairing purposes. I'm freelance.
DeleteThermal fuse, a white resistor
ReplyDeleteSorry, I don't have those components mentioned by you. You can get those components from E-Sound electronic service(former you yee electronic service) loacated next to Parkson, same row with Astro office.
DeleteI did but not available. Can u fix it, how to contact u?
DeleteFill the contact form above (top right side). Thanks
DeleteApa sebab yg menjadi trajedi Maut terkena renjatan water heater
ReplyDeleteKes terbaru dua hari lepas tu belum tahu lagi, biar pakar siasat & tunggu laporan mereka.
DeleteBanyak kemungkinan boleh kena renjatan elektrik water heater. Antranya ialah masalah pendawaian yang telah usang, wayar bumi tidak disambung atau sambungannya tidak elok atau juga pembumian tidak elok, ELCB tidak berfungsi dan sambung water heater guna plug 3-pin.
Pastikan water heater dipasang oleh mereka yang bertauliah.
water heater jenama shopia, semua ok lampu hijau dan merah menyala, cuma bila tutup shower tangki akan menggelegak atau mendidih sehingga trip,,kena buka shower dan biar air pancut keluar beberapa ketika baru boleh reset, boleh bagi info?
ReplyDeleteFlow sensor rosak, sepatutnya heater padam dan lampu merah padam ketika air ditutup. Mungkin reed switch rosak atau mungkin juga magnet melekat pada bahagian atas dan tidak jatuh ke bawah bila air di padam.
DeleteBenar tuan magnet melekat ada kotoran menyebabkan ianya tidak jatuh bila air ditutup, terima kasih banyak tuan, info sangat berguna.
ReplyDeleteCheers!
DeleteApa sebabnya ELCB test trip pada water heater tidak berfungsi dan bagaimana nak baikinya
ReplyDeleteMaaf, saya belum pernah dirujuk dengan masalah ELCB test tak berfungsi. Mungkin butang test/reset rosak, cuba periksa 'continuity' bila suis tersebut ditekan.
Deletekalau ELCB test tak function, biasanye apa yg rosak ya? tq
ReplyDeleteMungkin butang 'test' rosak, cuba periksa 'continuity' bila suis tersebut ditekan.
Deletehi boss. saya ada buat test elcb beberapa kali dalam satu masa. kali pertama, kedua dan ketiga, apabila tekan elcb test, shower trip dan reset switch keluar, saya tolak reset switch dan shower on seperti biasa. tapi, pada kali keempat, apabila saya tekan elcb test, shower trip dan reset switch keluar, saya tolak reset switch tetapi ia keluar balik. seolah tidak boleh reset. sekarang shower tak boleh on. kenapa ya boss? terima kasih
ReplyDeletePerlu buka dan periksa. Ada banyak kemungkinan, mungkin elcb rosak atau mungkin ada kerosakkan pada 'water heater' itu sendiri.
Deletehi bro! nk tnya, water heater baru beli pasang sendiri, jenama joven. wiring & piping buat sendiri. wire 4mm + mcb + rccb asing utk safety. tapi mslhnya dia kurang panas walaupun temperature max. suam suam je. ada idea tak bro?
ReplyDeleteMacam tak cukup supply. Cuba periksa supply voltage cukup tak. Kalau supply betul, rasanya masalah water heater. Jika sah masalah water heater, buat aduan kepada penjual sbb ada warranty. Biasanya masalah thermal fuse atau variable resistor (potentiometer).
Deleteair kejap2 panas kejap2 sejuk dia tukar2 kenapa ye?apa perlu tukar dan berapa harga barang..
ReplyDeleteMesti buka dan periksa baru tahu apa yang rosak. Selagi tak periksa saya cuma boleh teka sahaja. Rasanya thermal fuse rosak.
DeleteBoleh tau tak mcmmana nk check triac 3 kaki tu Tuan.
ReplyDeleterujuk pada pautan di bawah.
Deletehttp://lifebeginsatforty40.blogspot.com/2021/02/how-to-test-triac.html
Salam tuan.. Water heater Panasonic saya air terus keluar walaupun tak on.. Kena buka tutup guna tap air masuk
ReplyDeleteBanyak jenis water heater di pasaran dengan fungsi berbeza-beza. Joven yang saya baiki di atas memang perlu kawal air masuk dengan menggunakan tap air.
DeleteSlam sejahtera. Model pemanas air Joven 838P dgn Pam
ReplyDeleteMasalahnya, bila tutup air, pam masih lagi berpusing walaupun tiada air masuk. Terpaksa tutup suis kat dinding.
Apa masalahnya?
Saya dah tukar Magnet flow sensor & Reed switch nya.
Minta nasihat tuan
Maaf, saya juga belum pernah dirujuk masalah pam tidak padam seperti tuan/puan alami di atas. Mungkin masalah flow sensor di mana magnet melekat dan tidak bebas bergerak atau komponen pada papan litar rosak. Mungkin pautan di bawah boleh membantu anda.
Deletehttp://lifebeginsatforty40.blogspot.com/2020/02/joven-pc838p-water-heater-repair.html?m=1#comment-form
Hi good sir. Water heater Joven saya, model silent dc pump, dulu tiada masalah.
ReplyDeleteSekarang masalah dia ialah bila dah off water heater, air masih keluar.
Solusi sy sekarang cuma tutup paip air ke water heater sahaja baru air berhenti keluar. Boleh tahu apa masalah?
Terima kasih sir.
Boleh bagi nombor model water heater anda? Jika water heater seperti di atas, memang tutup pili ke water heater untuk hentikan pengaliran air.
DeleteModel i90P-RS. Pili ada dua ke? FCF Valve satu( ni ada tulis + - volume), dengan yang macam kepala paip dia warna pink satu.
DeleteFCF Valve tu kalau dah pusing habis ke (- volume), dia masih ada keluar air sikit walaupun dah kurang. Saya perlu pusing tutup yang warna pink tu sampai air berhenti sepenuhnya.
Sedangkan sebelum ni lepas pemasangan perlu on off sahaja water heater tu kalau dah siap mandi, tak ada usik apa-apa.
Maaf, saya belum pernah dirujuk model water heater ini. Mungkin ada valve dalam water heater bocor atau mungkin bocor dari bahagian pam.
DeleteOkay tak apa. Terima kasih banyak sir untuk balasan komen👍🏻
DeleteTuan nak tanyak, DIAC tuh berapa tegangan nya
ReplyDeleteDB-3 (28v - 36v)
DeleteHi tn.water heater saya jenama joven model880P...masalah..motor hidup..water pump hidup..tapi air tidak panas..memohon pencerahan Terima kasih tuan...
ReplyDeleteAda dua kemungkinan:-
Delete1. Masalah flow sensor
2. Masalah thermal switch.
https://youtu.be/tzZ36LMzz5Y
Tuan lampu hijau Dan Merah menyala..thermal switch pun sudah cek ok jg...tapi air tidak panas jg...mohon tunjuk ajar..Terima kasih tuan..
ReplyDeletePeriksa elemen pemanas, jika putus juga tidak panas
DeleteElemen pemanas sudah periksa ok juga..tapi masih tidak panas..sudah tukar tangki lain..sama jg..ada cara lain ka bro memohon pencerahan..Terima kasih..
DeleteMungkin thermal fuse rosak.
Deletehttps://www.youtube.com/watch?v=tzZ36LMzz5Y
hy boss..
Deletesaya menggunkan joven ec 802,saya dah tukar reed switch,flow sensor. Dah on ok tapi tak lama lepas tu lampu merah padam kemudia dalam seminit hidup semula lampu merah tu...adakah masalah thermal fuse? Minta bantuan tuan....
Macam 'overheat'. Jika air panas terlalu panas, mungkin potentiometer rosak. Jika air panas normal, mungkin thermal fuse rosak.
DeleteHi Tuan Wong, saya punya water heater sekajap panas sekajap tidak. Dan baru ni selalu trip kalau ada guruh hujan walaupun tak on suis water heater
ReplyDeleteKalau ada trip maksudnya ada kebocoran elektrik atau litar pintas. Cari dulu mana punca kebocoran elektrik, mungkin bukan dari water heater. Jika syak kebocoran pada water heater, buka semua sambungan wayar ke water heater. Jika lepas buka sambungan masih trip, masalah bukan pada water heater.
DeleteSalam Sejahtera Tuan.. mohon pertanyaan.. Joven 10e saya on switch lampu merah dan hijau menyala.. bila buka air..lampu hijau off.. tinggal lampu merah sahaha..Adakah normal?.. dan kadang2 lampu hijau dan merah menyala sekaligus masa air flow
ReplyDeleteSepatutnya lampu hijau sahaja menyala jika air tidak mengalir & lampu merah akan menyala setelah air mengalir.
DeleteSalam sejahtera. Water heater Rubine model rwh-p3000-wh.
ReplyDeleteLampu hijau boleh kekal menyala bila on. Bila on air, lampu merah dapat on lebih lama untuk pertama kali dan air boleh panas. Tapi bila off dan on air seterusnya, lampu merah hanya on beberapa saat dan air jadi tidak panas. Apa masalahnya? Terima kasih.
Maaf, saya belum pernah dirujuk jenama Rubine setakat ini. Jenama Joven belum ada masalah sedemikian yang pernah saya baiki.
DeleteHi Sir. Water heater model saya ialah Joven EC802 and the problem is the green light is on but no red light thus no warm water comes out. Based on research, i suspect is the reed switch. Where can i send my heater for repair even though I know the problem?
ReplyDeleteGet an expert near to you for further checking. I'm in Miri, Sarawak.
DeleteHello I using ec802 my problem is green light on but red light off but sometimes will on when I turn off/on water supply a few times?
ReplyDeleteFlow sensor problem, either reed switch faulty or magnet faulty. Refer to link below on 'magnet faulty'.
Deletehttps://lifebeginsatforty40.blogspot.com/2021/10/joven-ec802-water-heater-repair.html?m=1
jenama media bila pasang elcb dan power berkelip serentak dan berbunyi, air tak panas
ReplyDelete