Thursday 17 October 2019

Baiki Pengecas telefon bimbit dalam kereta

Boleh dikatakan majoriti memiliki pengecas telefon bimbit di dalam kereta masing-masing dan jika rosak apa yang anda buat? Saya yakin ramai akan memilih untuk membeli yang baru sebab harganya murah.
Message pada telefon bimbit...
Hari ini saya kongsikan pengalaman menggunakan pengecas telefon bimbit yang rosak dan bagaimana membaikinya.
Pengecas telefon bimbit dalam kereta...
Sebelum pengecas tersebut rosak, skrin telefon bimbit saya mengeluarkan mesej seperti pada gambar pertama di atas dan disusuli dengan satu letupan kecil kedengaran pada pengecas tersebut.
Buka dan keluarkan papan litar...
Walaupun kedengaran letupan, lampu LED pada pengecas tersebut masih menyala dan setelah saya cuba menggunakannya semula ianya masih boleh mengecas tetapi terlalu perlahan. Terlalu perlahan yang saya maksudkan ialah ia memerlukan masa yang lama untuk mengecas bateri telefon bimbit saya.
Kapasitor output rosak...
Setelah dibuka dan diperiksa, hanya sebiji kapasitor output dengan nilai 220uF, 10v didapati hampir tertanggal seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Kapasitor lama & kapasitor baru...
Oleh kerana saya tidak mempunyai kapasitor 10v, maka saya gantikan dengan 16v. Untuk pengetahuan semua, output pengecas tersebut cuma 5v sahaja dan jika anda tidak mempunyai voltan yang sama, anda boleh pilih voltan yang lebih tinggi. Pastikan memilih nilai uF yang sama iaitu 220uF.
Siap...
Setelah ditukar kapasitor tersebut dan diuji, pengecas tersebut masih boleh digunakan.

Sebelum ini ada yang memberitahu saya bahawa telefon mudah rosak jika mengecas menggunakan pengecas di dalam kereta. Adakah ini benar?

Untuk pengetahuan semua, pengecas kini berteknologi tinggi serta menggunakan IC (intergrated circuit) dan voltan outputnya sangat stabil iaitu 5v sahaja. Jadi bagaimana ia boleh merosakkan telefon bimbit anda?

Telefon yang saya guna itu cuma telefon lama buatan China berjenama Lenovo, Model: A889 boleh memberitahu kita bahawa terdapat masalah pada charger, mungkinkah telefon canggih kini dengan teknologi 5G serta versi android 8 atau 9 tidak mampu berbuat demikian? Android untuk telefon saya cuma versi 4.2.2 sahaja.
Tested  - ok
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.