Telefon seperti ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di
sini.
|
Jenama: NEC |
Hari ini saya dirujuk sebuah lagi telefon berjenama NEC, Model: AT-40 dengan masalah telefon tidak berdering.
|
Model: AT-40 |
Seperti biasa jika kita ingin membaikinya, kita harus membukanya dan apa yang perlu dilakukan ialah membuka empat biji skru di bahagian bawah telefon seperti yang saya telah tandakan pada gambar di atas.
|
Setelah penutup bawah dibuka... |
Setelah dibuka dan diperiksa menyeluruh, hanya sebiji kapasitor 470uF, 10v didapati rosak dan harus di ganti. Lokasi kapasitor tersebut ialah seperti yang telah saya tandakan pada gambar di atas.
|
5.63nF sahaja (kapasitor yang rosak) |
Setelah kapasitor tersebut saya ganti dan diuji, kini telefon tersebut masih boleh digunakan semula seperti biasa dan berdering apabila menerima panggilan telefon
|
Kapasitor baru & Tested - OK |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.