Hari ini saya dirujuk sebuah TV LED berjenama SAMSUNG, Model: UA40H4200 dengan masalah tidak dapat dihidupkan dan hanya lampu standby sahaja yang menyala apabila dibekalkan arus elektrik. Ianya tidak dapat dihidupkan dengan menggunakan alat kawalan jauh ataupun dengan menekan butang power.
|
SAMSUNG UA40H4200 |
Setelah penutup belakang TV tersebut dibuka, cuma kelihatan tiga keping papan litar sahaja di dalamnya dan anda boleh melihatnya pada gambar di bawah.
|
Setelah penutup belakang dibuka... |
Oleh kerana lampu standby menyala, maka masalahnya bukan pada PSU (power supply unit). Jadi untuk mengesahkan bahawa main board rosak, anda cuma perlu tanggalkan cabel yang disambungkan kepada main board dan bekalkan arus elektrik,
Lampu backlight akan menyala disebabkan ianya dibekalkan terus daripada PSU. Ujian di atas telah mengesahkan bahawa main board rosak dan harus diganti dengan yang baru.
|
Tanggalkan cabel yang disambung ke main board |
Untuk makluman, setakat ini pihak samsung tidak membaiki papan litar yang rosak dan tiada warranty diberikan untuk mainboard yang baru.
|
Main board baru.. |
Setelah main board tersebut ditukar dengan yang baru dan diuji, kini TV LED tersebut masih boleh digunakan semula.
|
Testing... |
TV LED sekarang menggunakan teknologi canggih pada papan litar utama (main board) dan ianya tidak mampu dibaiki. Komponen yang digunakan juga amat halus dan susah dilihat dengan mata kasar. Cara yang paling mudah ialah dengan menukar papan litar yang baru.
|
Tested - ok |
Selamat mencuba...
dimana bole dapatkan main board yg baru.
ReplyDeleteBeli terus dari agent samasung atau cari 'secondhand'. Nombor rujukan: BN94-07320A
Delete