Beberapa hari yang lepas saya dirujuk sekeping papan litar untuk kipas angin berjenama KDK dengan masalah ianya boleh berpusing tetapi terlalu perlahan.
 |
Papan litar kipas berjenama KDK |
Papan litar tersebut amat mudah dan senang diperiksa. Pemeriksaan menyeluruh mendapati hanya dua biji kapasitor yang perlu ditukar dan telah saya tandakan pada gambar di atas.
 |
Kapasitor yang rosak... |
Jika anda mempunyai kipas angin yang tidak berputar dengan kelajuan yang sepatutnya iaitu terlalu perlahan, jangan tunggu sehingga berhenti berpusing baru cuba dibaiki.
 |
Sepatutnya 0.82uF (820nf) |
Ini disebabkan ketika kipas angin mulai berputar dengan perlahan, coil kipas angin akan menjadi panas dan akhirnya akan mengakibatkan 'thermal fuse' putus atau mungkin juga coil akan putus.
 |
Sepatutnya 0.1uF (100nF) |
Jika coil putus, kos membaikinya sangat mahal dan tidak berbaloi untuk dibaiki.
 |
Kapasitor yang rosak telah ditukar... |
Setelah kedua-dua kapasitor tersebut ditukar dan diuji, ianya kembali berfungsi seperti baru.
 |
Tested - ok |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.