Showing posts with label tools. Show all posts
Showing posts with label tools. Show all posts

Wednesday, 22 June 2022

DIY ESR analog meter

Saya telah lama mengidamkan sebuah meter ESR khas untuk memeriksa kesihatan kapasitor bagi kerja-kerja 'troubleshooting' harian tanpa mengeluarkan kapasitor dari papan litar.

Litar pada PCB...

Saya juga telah membeli sebuah peralatan untuk memeriksa komponen yang mampu mengukur ESR kapasitor sebelum ini dan telah saya kongsikan di sini.

ESR module...

Minggu lepas saya telah bina sebuah meter ESR jenis analog berdasarkan gambar pertama di atas dan jika dipasang pada papan litar ianya seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

DIY...

Komponen yang diperlukan ialah:-

  1. Sebiji 4558 ic
  2. 4 biji 100uf, 10v kapasitor
  3. 4 biji 10kΩ perintang
  4. sebiji 1kΩ perintang
  5. sebiji 10kΩ potentiometer
  6. 2 biji 15Ω perintang
  7. sebiji 220kΩ perintang
  8. sebiji 20kΩ perintang
  9. sebiji 1N4148 diode (D1)
  10. 2 biji 1N4007 diode (D1 & D2)
  11. sebiji kapasitor 1nf (102)
  12. sebiji kapasitor 0.22uF (224)
  13. sebiji bateri 9v
  14. sebuah VU meter

DIY...

Saya tidak pandai membuat papan litar seperti pada gambar pertama serta kedua di atas dan apa yang saya lakukan ialah sambung komponen terus kepada ic JRQ4558D seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

DIY

Banyak multimeter ESR yang dijual menyatakan bahawa frekuensi yang digunakan mencecah 100kHz dan module yang saya bina ini frekuensinya hampir mencecah 75kHz seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Frekuensi hampir 75kHz...

Module yang telah siap saya bina telah diuji serta berfungsi dengan cemerlang seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat mencuba...

Friday, 20 May 2022

LCR-T4 ESR meter

Saya telah lama berkecimpung dengan kerja-kerja melibatkan elektronik dan peralatan (tool) yang digunakan selama ini cuma multimeter analog dan multimeter digital.

LCR-T4

Dalam banyak-banyak komponen yang diperiksa dengan menggunakan multimeter, masalah yang sering saya hadapi ialah pada kapasitor.

Tanpa komponen/rosak

Kadang-kadang kapasitor masih elok jika diperiksa dengan menggunakan multimeter namun tidak berfungsi pada papan litar.

NPN transistor

Masalah sedemikian adalah disebabkan ESR (equivalent series resistance) pada kapasitor tinggi dan ianya tidak mampu diperiksa dengan menggunakan multimeter biasa.

PNP transistor

Hari ini saya kongsikan sebuah alat yang mampu menguji komponen seperti transistor, diod, triac, mosfet, inductor, kapasitor dan banyak lagi.

Diod

Gambar-gambar di atas dan di bawah adalah sebahagian komponen yang telah saya uji dan ianya sangat membantu kita ketika melakukan kerja-kerja memeriksa kesihatan komponen.

LED

Selain memberitahu kita komponen yang diperiksa itu elok atau tidak, ianya juga membekalkan info kedudukan terminal komponen seperti terminal base, emitter dan collector pada transistor.

Triac

Tujuan saya beli LCR-T4 ESR meter ini selain untuk menguji komponen ialah ianya juga mampu mengukur ESR pada kapasitor.

Mosfet

Ianya sangat mudah digunakan dan anda cuma perlu memasukkan terminal kapasitor kepada slot yang disediakan dan tekan butang yang berwarna biru sahaja.

Inductor

Gambar di bawah adalah contoh bacaan ESR pada kapasitor yang saya dapat ketika menguji sebiji kapasitor 1800uF, 6.3v.

Kapasitor

Jadual di bawah adalah rujukan bacaan ESR yang elok mengikut nilainya serta voltan. Secara amnya, bacaan ESR yang rendah adalah baik dan jika jauh berbeza ianya perlu diganti walaupun nilai kapasitannya masih elok.

Carta ESR kapasitor

Anda boleh rujuk kepada klip video di bawah untuk keterangan lanjut.

Wednesday, 9 March 2022

BAKU 878L SMD Rework Station

Beberapa haru lepas saya dirujuk sebuah 'rework station' berjenama BAKU, Model: 878L. Ianya kelihatan sama seperti 'rework soldering station' yang saya beli sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

Perbezaannya cuma pada warna serta kuasanya. 'Rework station' ini berkuasa 700W dan bahagian 'hot air' disambung terus serta tidak boleh dibuka.

Pemilik memberitahu saya masalahnya ialah lampu LED berwarna merah yang dilabel 'heater' tidak menyala ketika suis dihidupkan.

Ketika saya mengujinya, ianya memang tidak menyala dan setelah dibuka, benda pertama yang saya periksa ialah lampu LED. Lampu LED elok dan tidak hangus ketika diperiksa dengan menggunakan multimeter.

Gambar-gambar di atas serta di bawah menunjukkan keadaan di dalamnya ketika saya buka untuk membuat pemeriksaan.

Banyak komponen yang digunakan tidak mempunyai label terutamanya melibatkan IC (integrated circuit) dan jika rosak, bagaimana nak cari alat gantinya?

Banyak barangan buatan China yang pernah dan telah saya buka untuk pemeriksaan serta dibaiki mempunyai masalah komponen tidak berlabel.

Pemeriksaan menyeluruh pada papan litar tidak menemui sebarang komponen yang rosak dan saya pasang kembali tanpa menemui punca kenapa lampu LED tidak menyala.

Setelah berfikir sejenak, saya berpendapat ianya mungkin disebabkan 'soldering iron' tidak dipasang adalah punca lampu LED tidak menyala sebab tiada 'heater'.

Saya ambil 'soldering iron' dari 'rework station' saya dan setelah disambung serta diuji, lampu LED menyala seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Saya telah membuang masa kira-kira setengah jam mencari punca kerosakkan namun hakikatnya tiada yang rosak...

Monday, 26 October 2020

Desoldering pump repair

Terdapat berbagai-bagai jenis 'desoldering pump' ada di pasaran dan saya menggunakannya setiap hari untuk kerja membuang pateri bagi mengeluarkan komponen dari papan litar.

Semua fungsi 'desoldering pump' adalah sama dan cuma keberkesanan/kekuatan menyedut berbeza di antara satu dengan yang lain. Secara amnya, saiz yang besar lebih kuat, cepat serta berkesan digunakan.

Hari ini saya kongsikan kerosakkan yang sering berlaku pada 'desoldering pump' dan gambar di atas menunjukkan ianya telah saya leraikan.

Ini merupakan 'desoldering pump' kedua saya yang rosak dan kerosakkannya adalah sama iaitu satu penahan logam seperti telah saya tandakan pada gambar di atas telah tanggal akibat daripada pecah pada bahagian belakangnya.

Apa yang saya lakukan ialah sapu 'super glue' dan masukkan semula logam tersebut ke kedudukan asal. Setelah logam tersebut telah berada pada kedudukannya, saya titis lagi 'super glue' pada bahagian belakang yang pecah sehingga kesemuanya tertutup rapat. Tunggu sehingga 'super glue' kering dan pasang kembali 'desoldering pump' tersebut.

1. masukkan spring...

Gambar-gambar di atas dan di bawah menunjukkan langkah-langkah untuk memasang kembali 'desoldering pump'.

2. masukkan penahan...

Jika anda ingin meleraikannya, mulakan dari bawah iaitu mengikut urutan gambar berlabel nomber 5, 4, 3, 2 dan 1.

3. Pasang kembali bahagian penyedutnya...

'Desoldering pump' ini saya beli ketika kedai DIY baru mula dibuka dan harganya cuma RM6.71 sahaja ketika itu namun kini mereka tidak menjualnya lagi.

4. Pasang spring pada bahagian belakang...

Kedai DIY kini hanya menjual versi yang kecil seperti boleh dilihat pada gambar terakhir di bawah dan ianya tidak berkesan untuk kegunaan kerja harian saya.

5. pasang tabung penyedutnya...

Walaupun harganya murah, ianya sangat tahan serta berkesan digunakan dan kerosakkannya mudah dibaiki seperti telah saya tunjukkan di atas.

Siap...

Kedua-dua 'desoldering pump' saya telah dibaiki dengan masalah yang sama dan ianya masih boleh digunakan sehingga hari ini. Jika tidak silap, ianya telah berusia hampir 10 tahun dan saya menggunakannya setiap hari untuk kerja-kerja membaiki peralatan elektrik/elektronik.

koleksi saya...

Selamat mencuba...

Saturday, 10 October 2020

DIY frequency tester-cum-crystal oscillator tester

Sebelum ini saya ada membeli sebuah alat untuk mengukur frekuensi dan anda boleh rujuk di sini.

DIY frequency tester...

Di sebabkan alat pengukur frekuensi yang lepas tidak mampu mengukur frequensi di bawah 4mHz, saya cuba pula satu lagi DIY kits seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

DIY kits...

Ianya juga harus dipasang sendiri dan kali ini jauh lebih murah iaitu RM17.90 sahaja termasuk kos penghantaran.

Pasang sendiri...

Menurut penjual, DIY kits ini mampu mengukur frekuensi serendah 1Hz sehingga 50mHz sama seperti DIY kits yang lepas.

Papan litar...

Reka bentuk kali ini berbeza berbanding dengan yang lepas namun kompnen utamanya sama iaitu sebiji ic yang berlabel PIC16F877A.

Pateri bahagian bawah papan litar...

Tujuan utama saya membeli DIY kits ini ialah untuk mengukur 'crystal oscillator' yang digunakan dalam jam iaitu 32.768kHz.

Testing...

Setelah siap di pasang dan diuji, ianya juga GAGAL mengukur frekuensi rendah dan gambar-gambar di bawah menunjukkan 'crystal oscillator' yang telah saya uji.

27mHz

Satu kelebihan DIY kit ini ialah ianya boleh dilaras (calibrate) jika bacaan tidak/kurang tepat. Pelarasan hanya perlu dibuat sekali sahaja.

8mHz

Sebagai contoh, ketika baru siap dipasang dan menguji 'crystal oscillator' berfrekuensi 8mHz, bacaannya ialah 8.0656 seperti boleh dilihat pada gambar pertama di atas.

32.768kHz = 0?

Pelarasan boleh dibuat dengan memutar pelaras yang berwarna kuning pada papan litar. Setelah dilaras barulah bacaanya tepat iaitu 8mHz dan 27mHz yang telah saya uji di atas.

Reka bentuk berbeza tetapi fungsi sama...

Skrin indikator kali ini lebih besar berbanding yang lepas dan ianya tidak dilengkapi dengan penutup.

NoPSV = No Power Saving

Cara 'setting' supaya ianya akan padam sendiri jika tidak digunakan ialah dengan menukar NoPSV ke PSAVE seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

PSAVE = Power Saving

Anda cuma perlu tekan 'tact switch' dan cari NoPSAV, lepas itu tekan (tanpa dilepasan) sehingga indikator ia berkelip-kelip dan lepas 'tact switch' selepas itu. Jika anda tidak mahu ianya padam sendiri, anda juga perlu lakukan yang sama iaitu cari PSAVE dan tekan (tanpa dilepaskan) sehingga indikator berkelip-kelip dan lepaskan 'tact switch'.


Selamat mencuba...

Friday, 25 September 2020

Digital microscope

Mikroskop digital ini saya beli pada 9/9/2020 dengan tujuan untuk melihat komponen yang halus pada papan litar SMT (surface mount technology).

Digital camera....

Selama ini saya menggunakan kamera telefon untuk mengambil gambar komponen halus pada papan litar moden untuk melihat nombor rujukkan komponennya.

50x - 1600x
Mikroskop digital ini mempunyai kemampuan zoom dari 50x sehingga 1600x dan saiznya amat kecil seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.
 
Testing... (papan litar LED driver)

Ianya dilengkapi dengan fungsi kamera (merakam gambar serta video) dan memerlukan peranti windows 7 dan ke atas. Gambar di bawah adalah rakaman gambar yang saya ambil dari papan litar 'LED driver' dengan menggunakan mikroskop digital tersebut.

3R30, 563 - perintang, RS1M - diod

Klip video tidak dapat saya muat naik (upload) disebabkan saiz fail yang besar dan disekat oleh youtube.