Sebelum ini saya ada membeli sebuah alat untuk mengukur frekuensi dan anda boleh rujuk di sini.
![]() |
DIY frequency tester... |
Di sebabkan alat pengukur frekuensi yang lepas tidak mampu mengukur frequensi di bawah 4mHz, saya cuba pula satu lagi DIY kits seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.
![]() |
DIY kits... |
Ianya juga harus dipasang sendiri dan kali ini jauh lebih murah iaitu RM17.90 sahaja termasuk kos penghantaran.
![]() |
Pasang sendiri... |
Menurut penjual, DIY kits ini mampu mengukur frekuensi serendah 1Hz sehingga 50mHz sama seperti DIY kits yang lepas.
![]() |
Papan litar... |
Reka bentuk kali ini berbeza berbanding dengan yang lepas namun kompnen utamanya sama iaitu sebiji ic yang berlabel PIC16F877A.
![]() |
Pateri bahagian bawah papan litar... |
Tujuan utama saya membeli DIY kits ini ialah untuk mengukur 'crystal oscillator' yang digunakan dalam jam iaitu 32.768kHz.
![]() |
Testing... |
Setelah siap di pasang dan diuji, ianya juga GAGAL mengukur frekuensi rendah dan gambar-gambar di bawah menunjukkan 'crystal oscillator' yang telah saya uji.
![]() |
27mHz |
Satu kelebihan DIY kit ini ialah ianya boleh dilaras (calibrate) jika bacaan tidak/kurang tepat. Pelarasan hanya perlu dibuat sekali sahaja.
![]() |
8mHz |
Sebagai contoh, ketika baru siap dipasang dan menguji 'crystal oscillator' berfrekuensi 8mHz, bacaannya ialah 8.0656 seperti boleh dilihat pada gambar pertama di atas.
![]() |
32.768kHz = 0? |
Pelarasan boleh dibuat dengan memutar pelaras yang berwarna kuning pada papan litar. Setelah dilaras barulah bacaanya tepat iaitu 8mHz dan 27mHz yang telah saya uji di atas.
![]() |
Reka bentuk berbeza tetapi fungsi sama... |
Skrin indikator kali ini lebih besar berbanding yang lepas dan ianya tidak dilengkapi dengan penutup.
![]() |
NoPSV = No Power Saving |
Cara 'setting' supaya ianya akan padam sendiri jika tidak digunakan ialah dengan menukar NoPSV ke PSAVE seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.
![]() |
PSAVE = Power Saving |
Anda cuma perlu tekan 'tact switch' dan cari NoPSAV, lepas itu tekan (tanpa dilepasan) sehingga indikator ia berkelip-kelip dan lepas 'tact switch' selepas itu. Jika anda tidak mahu ianya padam sendiri, anda juga perlu lakukan yang sama iaitu cari PSAVE dan tekan (tanpa dilepaskan) sehingga indikator berkelip-kelip dan lepaskan 'tact switch'.
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.