Wednesday 14 October 2020

SAMSUNG ETA-U90UWE travel adapter charger repair

Pengecas telefon ini saya jumpa ketika berjogging pagi tadi dan ianya berjenama SAMSUNG, Model: ETS-U90UWE.

SAMSUNG travel adapter charger

Secara amnya, jika pengecas telefon rosak, orang ramai akan buang dan membeli yang baru sebagai pengganti sebab:-

  1. Tidak boleh tunggu untuk dibaiki sebab telefon harus dicas setiap hari.
  2. Harga pengecas yang baru murah
Model: ETA-U90UWE

Setelah pengecas tersebut saya buka, jelas kelihatan ianya meletup seperti pengecas yang telah saya baiki minggu lepas dan anda boleh rujuk di sini.

Guna 'jumper' sebagai fius...

Pengecas ini juga tidak dilengkapi dengan fius dan letupan tersebut ialah berpunca daripada litar pintas pada sebiji 'rectifier' dan telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Litar pintas pada rectifier...

Litar pintas pada 'rectifier' tersebut telah mengakibatkan salah satu litar pada papan litar terputus dan boleh dilihat pada gambar di bawah setelah saya sambung kembali.

Sambung litar yang putus...

Saya juga gantikan 'jumper' yang bertindak sebagai fius di atas dengan fius 1A seperti boleh boleh dilihat pada gambar di bawah.

Gantikan 'jumper' dengan fius...

Pengecas tersebut telah berjaya diselamatkan dan kerosakkan komponen hanya pada sebiji 'rectifier' sahaja.

Testing...

Kini anda tahu kenapa harga pengecas di pasaran amat murah? Ianya sebenarnya tidak selamat digunakan sebab tidak dilengkapi dengan fius.

Testing...

Pengecas ini telah saya naik taraf dan kini lebih selamat digunakan sebab telah dilengkapi dengan fius. Sekiranya ada litar pintas berlaku lagi, ianya tidak akan meletup lagi.

Siap...

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.