Thursday 15 October 2020

IMEC CB-450 escalator cleaner repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman baru dirujuk sebuah mesin untuk mencuci escalator berjenama IMEC, Model: CB-450 seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

IMEC Escalator cleaner CB-450

Masalah mesin pencuci escalator ini ketika dirujuk kepada saya ialah motor pada bahagian hadapannya tidak berfungsi.

Model: CB-450

Apabila diperiksa, tiada kerosakkan pada motornya dan setelah diuji dengan membekalkan arus elektrik, tiada bekalan elektrik sampai ke bahagian motor.

CB-450 escalator cleaner

Pemeriksaan seterusnya mendapati terdapat sebiji PSU (power supply unit) pada bahagian belakang mesin dan setelah diperiksa, tiada output pada PSU tersebut.

Motor tidak berpusing...

PSU tersebut juga tidak dilabel voltan serta arus elektrik outputnya dan saya terpaksa membuka motornya untuk mengetahui voltan yang diperlukan.

Gantikan transformer yang baru...

Motor tersebut dilabel 120W, 24v dan cara untuk mengira arus elektrik dalam unit matrix ampere ialah seperti berikut (guna formula P=IV).

P=IV

I = P/V = 120/24 = 5A

Oleh kerana tiada PSU 5A di pasaran, saya pilih yang paling hampir ada di pasaran iaitu 10A seperti telah saya tandakan pada gambar di atas. Pastikan anda memilih PSU yang menghasilkan arus elektrik output lebih tinggi daripada keperluan dan bukan sebaliknya.

Transformer rosak (tiada label voltan output pada PSU)

Klip video di bawah saya ambil setelah PSU siap diganti dan diuji. Ianya telah berjaya diselamatkan dengan sedikit kerja kira-kira (matematik) seperti telah saya buat di atas.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.