Saturday 17 October 2020

Baiki TV Plasma SAMSUNG PS43E451S2R ada suara tetapi tiada layar

Beberapa hari yang lepas saya dirujuk sebuah TV Plasma sebegini dengan masalah kerosakkan pada layar/skrin dan anda boleh rujuk di sini.

SAMSUNG PS43E451A2R

Kali ini saya dirujuk sebuah lagi TV plasma yang serupa dengan masalah sama iaitu ada suara namun layarnya tidak menyala.

'antena in' bengkok...

Sebelum dibuka, saya uji TV tersebut. Ianya boleh dihidupkan dan seperti biasa lampu indikator berkelip sebanyak 6 kali.

Setelah dibuka penutup belakangnya...

Setelah dibuka serta diperiksa, voltan Vs & Va tiada dan lampu indikator pada 'logic board' berkelip perlahan dari sepatutnya seperti boleh dilihat pada klip video di bawah.

Saya tidak menemui sebarang kerosakkan pada papan litar Y-sus dan Z-sus. Jadi saya terpaksa membuat proses 'trial and error' dengan menukar satu per satu papan litar untuk kepastian.

Buffer board rosak...

Saya agak bernasib baik kali ini sebab percubaan pertama menukar 'buffer board' membuahkan hasil dan lampu indikator pada 'logic board' berkelip normal selepas diuji seperti boleh dilihat pada klip video di bawah.

TV plasma tersebut telah berjaya diselamatkan dengan menukarkan 'buffer board' sahaja dan jika ada sesiapa yang pandai/tahu membaiki papan litar tersebut sila tinggalkan mesej anda pada ruangan komen di bawah. Saya ingin tahu apa komponen yang rosak pada 'buffer board' tersebut.

Tested - ok
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.