Hari ini saya kongsikan pengalaman baru membaiki dekoder Astro. Masalahnya ialah indikator pada dekoder tak keluar jam iaitu '--:--' sahaja dan kadang-kadang padam terus setelah keluar perkataan 'Boot'.
![]() |
Adapter Astro |
Walaupun dekoder tidak memaparkan jam namun kerosakkannya bukan pada dekoder. Tiada kerosakkan ditemui apabila saya memeriksa papan litar dekoder tersebut.
![]() |
Model: WT1202500 |
Menurut pemilik, dekodernya telah dibeli ketika Astro NJOI baru diperkenalkan iaitu pada tahun 2012 dan label pada adapternya juga tertera tahun 2012 seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
![]() |
Keluaran tahun 2012... |
Setelah adapter tersebut dibuka, jelas kelihatan sebiji kapasitor output dengan nilai 1000uF, 16v kelihatan kembung dan telah saya tandakan pada gambar di bawah.
![]() |
Setelah penutup adapter dibuka... |
Kapasitor yang sama bersebelahan dengannya masih elok ketika saya keluarkan dari papan litar untuk diperiksa.
![]() |
Rosak sebiji kapasitor output - 1000uF, 16v |
Setelah kapsasitor yang rosak di atas diganti dan diuji, kini masalah tidak keluar jam pada dekoder astro tersebut telah lenyap dan ianya telah berjaya diselamatkan.
![]() |
Dah ganti kapasitor baru... |
Pemilik juga pernah rujuk kepada pihak Astro dan jawapan lazim mereka ialah dekoder telah rosak dan harus diganti dengan yang baru.
![]() |
Kapasitor lama cuma tinggal 173uF sahaja... |
Kepada semua yang sering bertanyakan kepada saya kenapa dekoder astro anda tidak keluar jam, ini merupakan penemuan terbaru saya dan anda boleh cuba tukar adapternya dengan kawan/jiran dahulu untuk kepastian.
![]() |
Tested - ok |
Selamat mencuba...
Kt mana nk tukar brg tu?
ReplyDeleteMana-mana kedai membaiki barangan elektronik boleh buat. Kalau sendiri ada asas, boleh cuba buka periksa & tukar sendiri. Saya berada di Miri, Sarawak.
Delete