Tuesday 13 October 2020

SAMSUNG PS43E451 skrin rosak

Sebelum ini saya pernah membaiki TV Plasma seperti ini dan anda boleh rujuk di sini, sini dan sini.

Setelah penutup belakang dibuka...

Semalam saya dirujuk lagi sebuah TV plasma yang sama dengan masalah ada suara tetapi layar/skrin tidak menyala.

Va = 58v, Vs = 209v

Seperti biasa saya buka serta periksa voltan pada papan litar dan tidak menemui sebarang kerosakkan. Voltan yang biasa saya periksa telah saya tandakan pada gambar pertama di atas.

Lokasi periksa Va & Vs

Voltan Va & Vs berbeza jika saiz TV berbeza. Untuk TV ini voltan Va ialah 58v dan voltan Vs pula ialah 209v dan lokasi untuk memeriksanya telah saya tandakan pada gambar pertama di atas.

Lokasi periksa 15v

Voltan 15v pula boleh diperiksa pada penyambung dari PSU ke Y-sus dan Z-sus dan ianya jelas tetera pada papan litar.

Lokasi periksa voltan pada 'buffer board'

Voltan pada 'buffer board' pula ialah -24v dan lokasinya telah saya tandakan pada gambar di atas.

Lokasi periksa voltan T-Con board

Voltan ke 'T-con board' ialah 58v iaitu sama dengan voltan Va dan anda boleh periksa pada fiusnya. Lokasinya telah saya tandakan pada gambar di atas.

Logic board...

Akhir sekali pastikan lampu indikator berwarna hijau pada 'logic board' berkelip-kelip bila diuji seperti boleh dilihat pada klip video di bawah. Jika lampu indikator berkelip terlalu perlahan bermaksud ada kerosakkan dan biasanya litar pintas pada Y-sus, Z-sus, T-con dan buffer board.


Memandangkan tiada kerosakkan ditemui ketika membuat pemeriksaan diatas, saya pindah kesemua papan litar ke sebuah TV sama yang mengalami kerosakkan COF dan ianya boleh berfungsi seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

COF rosak...

Dari ujian terakhir di atas (pindah semua papan litar), dengan ini sah layar/skrin telah rosak.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.