Monday 19 October 2020

REMS 12V 6A DC power supply repair

Hari ini saya kongsikan transformer yang popular di zaman 80an & 90an untuk kegunaan barangan elektrik yang memerlukan bekalan elektrik 12vdc.

REMS 12V 6A transformer

Percaya atau tidak, transformer ini di kilangkan di Singapura dan gambar di bawah merupakan e-mail pengesahan yang saya terima daripada 'sales engineer' syarikat tersebut.

Pengesahan...

Menurut laman web mereka, syarikat tersebut pada mulanya hanya sebuah kedai membaiki peralatan elektrik/elektronik seperti TV dan radio sahaja pada tahun 1970 dan anda boleh rujuk sejarahnya di sini.

Dilengkapi dengan fius...

Transformer ini milik saya dan telah lama tidak dapat digunakan namun tidak dibuang sebab saya yakin ianya boleh dibaiki.

fius 5A sahaja digunakan...

Walaupun transformer ini dilabel 6A namun fius yang digunakan cuma 5A sahaja dan disambung pada bahagian output. Fius tersebut masih elok bila saya periksa dengan multimeter.

Setelah penutup dibuka...

Setelah dibuka, jelas kelihatan salah satu wayar penyambung ke fius putus dan telah saya tandakan pada gambar di atas.

Sambung kembali wayar fius yang putus...

Saya pateri kembali wayar yang putus dan periksa komponen yang ada di dalamnya iaitu:-

  1. Sebiji transformer 12v-0-12v
  2. sebiji kapasitor 4700uF, 16v
  3. sebiji perintang 1kΩ
  4. 2 biji diod FR601
  5. Sebiji lampu LED (merah)
Komponen yang digunakan...

Kesemuanya masih elok dan gambar-gambar berikut merupakan bacaan yang saya dapat apabila diperiksa dengan mengguanakan multimeter.

Diod masih elok...

Kapasitor 4700uF, 16v masih elok...

Gambar-gambar seterusnya merupakan bacaan voltan serta frekuensi setelah saya bekalkan arus elektrik kepada transformer tersebut.

Voltan primary - 248vac

Voltan sekunder pada transformer 12v-0-12v

13.5 + 13.5 = 27vac

Frekuensi = 50Hz

Voltan LED = 1.688vdc

Fungsi perintang 1kΩ ialah untuk menurunkan 18vdc kepada 1.688vdc untuk kegunaan lampu indikator LED. Sebelum ini saya ada mengubahsuai sebuah radio yang mengalami kerosakkan lampu 12v dan digantikan dengan lampu LED dengan sebiji perintang 1kΩ (rujuk di sini).

Voltan output = 18vdc

Kerosakkan transformer di atas cuma pada wayar fius yang terputus dan kesemua komponen di dalamnya masih elok walaupun telah berpuluh tahun dicipta.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.