Wednesday 7 October 2020

YZS-800 5V charger repair

Pengecas telefon bimbit ini saya beli dengan harga RM10.00 sahaja pada 29/6/2016.

YZS-800

Baru-baru ini ianya telah meletup ketika saya ingin menggunakannya dan apabila dibuka, keadaan di dalamnya boleh dilihat pada gambar di bawah.

Komponen yang rosak...

Komponen yang di dapati rosak setelah diperiksa ialah:-

  1. Sebiji S8050 NPN transistor
  2. Sebiji 2.2uF, 400v kapasitor utama
  3. Sebiji EL816 optocoupler
  4. Sebiji 1N4007 diod
Litar pada bahagian bawah putus...

Selain daripada komponen yang rosak di atas, terdapat dua bahagian pada papan litar telah putus dan telah saya labelkan pada gambar di atas. Litar tersebut putus kerana pengecas ini tidak dilengkapi dengan fius.

Sambung litar putus & tambah fius...

Setelah saya sambung kembali litar yang putus, saya ubah suai pengecas tersebut dengan menambah sebiji fius supaya ianya lebih selamat digunakan. Ianya tidak akan meletup lagi dan cuma fius yang akan putus jika berlakunya litar pintas lagi. Fius yang saya pilih cuma 1A sahaja seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Siap...

Sekiranya pengecas ini dilengkapi dengan fius sebelum ini, saya yakin banyak komponen yang boleh diselamatkan dan mungkin cuma fius dan diod sahaja yang rosak.

Tested - ok

Pengecas ini telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula setelah kerosakkan yang di nyatakan di atas saya tukar serta baiki.

Komponen yang rosak...

Jika dikira kos komponen, ianya sememangnya tidak berbaloi untuk dibaiki namun saya baiki juga sebab komponennya saya ambil dari barang lama. Kini pengecas ini telah saya naik taraf dengan memasang sebiji fius dan lebih selamat digunakan.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.