Friday, 30 October 2020

Masalah card reader ASTRO DS830NA - S1

Semalam saya dirujuk sebuah dekoder Astro NJOI dengan masalah video selalu hilang dan memaparkan mesej 'Please ensure that your Astro smart card is fully inserted (S1)'.

Dekoder ASTRO NJOI

Pemilik memberitahu saya yang dia telah berulang kali membersihkan 'chip' pada 'smart card' tersebut dengan pemadam dan hanya bertahan seketika sahaja. Beliau juga telah memberitahu saya, jika bernasib baik boleh bertahan selama seminggu.

Model: DS830NA

Sebelum dekoder tersebut saya buka, saya uji dekoder tersebut dan masalahnya adalah seperti yang diberitahu oleh pemilik kepada saya di atas. Jika di gerakkan 'smart card' tersebut kadang-kadang elok dan bila dilepaskan siaran terus hilang dan keluar mesej seperti boleh dilihat di bawah.

S1 - video pun hilang...

Mari kita buka dan lihat serta cari apa punca permasalahan di atas. Oleh kerana ianya melibatkan 'smart card', saya buka bahagian 'card reader' sahaja untuk diperiksa.

Setelah penutup dibuka...

Gambar di bawah menunjukan apa yang saya temui setelah 'card reder' dibuka. Jelas kelihatan salah satu pin tidak selari dengan yang lain dan telah bengkok serta tidak menyentuh 'chip' pada 'smart card'..

Salah satu pin 'card reader' bengkok...

Nampaknya kerja membaiki kali ini amat mudah. Saya cuma perlu bengkokkan kembali pin tersebut menggunakan penyepit.

Bengkok balik guna penyepit...

Gambar di atas dan di bawah menunjukkan kesemua pin menyentuh 'chip' pada 'smart card' tersebut.

Testing...

Setelah siap dipasang kembali dan diuji, masalah di atas telah lenyap dan ianya kembali berfungsi tanpa bermasalah lagi.

Tested - ok

Saya tidak pasti berapa kali pemilik telah membersihkan 'chip' pada 'smart card' tersebut, yang pasti ianya telah berkilat dan cekung pada bahagian tengahnya seperti boleh dilihat perbandingannya dengan kad biasa pada gambar di bawah.

A = kad pemilik, B = kad normal

Untuk pengetahuan semua, cukup sekali anda bersihkan 'chip' tersebut dan jika masalah masih berulang, jangan buang masa anda mengulanginya semula. 'Chip' tersebut mungkin akan rosak dan anda perlu menggantikannya dengan bayaran tertentu di cawangan Astro.

Selamat mencuba...

6 comments:

  1. I have issue with "burnt/overheat mark" at the smartcard. Occasionally the decoder off and on by itself. What could the problem be? Thank you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybe adapter faulty.

      http://lifebeginsatforty40.blogspot.com/2021/01/s036hp1200250-astro-smps-adapter-repair.html?m=1

      Delete
  2. Jikalau segala semuanya telah dilakukan,dekoder ok,seeting,stb reboot pun buat dh,punca masih tak jumpa,kmungkinan kena tukar kad baru..10thn tlh guna astro..jd kad baru blh ditukar ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, saya tidak faham/tahu masalah astro anda. Rujuk kepada pakar.

      Delete
  3. Astro njoi saya naik S1 sila pastikan kad pintar dimasukkan dengan betul. Sudah buat.gambar ada tapi keluar S1 gambar berkelip2. Punca keapa yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. S1 masalah kad atau kad reader. Boleh rujuk kepada pihak astro. Kadang-kadang kad rosak.

      Delete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.