Hari ini saya kongsikan sebuah papan tanda keluar (keluar sign) yang terbaru di pasaran berjenama Everbright dan pemilik memberitahu saya ianya tidak menyala ketika bekalan elektrik terputus.
Papan tanda KELUAR... |
Asal usul papan tanda ini dahulunya ditulis perkataan 'EXIT' dan saya tidak pasti sejak bila ianya telah ditukar kepada 'KELUAR'. Ianya adalah wajib bagi premis perniagaan untuk mendapatkan sijil kelulusan dari pihak bomba.
KELUAR = EXIT = 出口 |
Jenama: Everbright |
Fungsi papan tanda ini serupa dengan lampu kecemasan iaitu ketika bekalan elektrik terputus, ianya masih menyala dengan bantuan bateri di dalamnya.
Setelah penutup dibuka... |
Gambar di atas menunjukkan komponen serta papan litar yang paling ringkas pernah saya
jumpa setakat ini pada sebuah lampu kecemasan. Tarikh ianya dipasang
ialah pada 8/11/2019 dan belum sampai setahun digunakan.
Bahagian bawah papan litar... |
Komponen pertama yang saya periksa ialah bateri dan ianya masih elok dengan voltan 3.6v. Seterusnya saya periksa lampu LED dan kesemuanya juga masih elok.
Bahagian atas papan litar... |
Pemeriksaan pada papan litar juga tidak menemui sebarang komponen yang rosak. Jadi, apa punca yang menyebabkan ianya tidak berfungsi?
Lampu LED menyala bila jumper bersambung... |
Apabila saya kaji pada bahagian bawah papan litar, saya mendapati bahawa arus elektrik dari bateri terputus pada bahgian yang saya labelkan sebagai 'jumper' pada gambar di atas. Apabila saya sentuh 'jumper tersebut dengan 'testpen' lampu LED terus menyala terang seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Buat jumper baru... |
Jadi, lampu kecemasan tersebut tidak rosak dan cuma 'jumper' tidak dipasang. Saya pasti lampu kecemasan tersebut tidak berfungsi sejak ianya mula dipasang. 'Jumper' tersebut hanya dipasang bila ianya dibekalkan dengan arus elektrik sahaja. Jika tidak digunakan, ianya harus dicabut supaya cas baterinya tidak habis.
Simpan surat cinta di dalamnya... |
Pihak pengeluar/pengilang seharusnya melabelkan bahagian 'jumper' tersebut seperti surat cinta yang saya tulis di dalam lampu kecemasan tersebut dan boleh dilihat pada gambar di atas. Apa kata anda?
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.