Saturday 24 October 2020

YAGITENNA CH2169 RF modulator repair

Sebelum ini saya pernah membaiki 'RF modulator' seperti ini dan anda boleh rujuk di sini.

YAGITENNA CH2169

Masalah kali ini sama dengan yang lepas iaitu tidak dapat dihidupkan tetapi kerosakkan komponen yang berbeza.

Komponen yang rosak...

Setelah dibuka dan diperiksa, komponen yang rosak telah saya tandakan pada gambar di atas dan di bawah:-

  1. Sebiji kapasitor utama (4.7uF, 400v)
  2. sebiji transistor (13001)
  3. sebiji perintang (1Ω)
  4. dua biji dioad (M7)
Litar pintas pada 2 biji diod (M7)...

Semua komponen yang rosak ialah pada bahagian PSU (Power supply unit) iaitu bahagian yang membekalkan arus elektrik untuk kegunaan RF modulator tersebut.

Keluarkan diod yang rosak...

Setelah kesemua komponen yang rosak di atas saya gantikan dan diuji, RF modulator tersebut kembali berfungsi dan masih boleh digunakan semula.

Siap gantikan diod M7...

Perintang 1Ω yang digunakan bertindak sebagai fius dan ianya putus disebabkan litar pintas pada diod M7.

Siap...
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.