Friday 2 October 2020

Baiki alat kawalan jauh SAMSUNG

Ada beberapa artikel berkaitan dengan alat kawalan jauh seperti ini telah saya kongsikan sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini, sini, dan sini.

SAMSUNG

Hari ini saya dirujuk sebuah alat kawalan jauh yang sama dengan masalah yang sama tetapi kerosakkan yang berbeza. Masalahnya ialah tidak berfungsi langsung bila butang ditekan walaupun bateri telah ditukar.

Litar putus...

Setelah dibuka, jelas kelihatan bahagian belakang papan litar banyak yang terhakis akibat kebocoran bateri seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Pemeriksaan pada papan litar mendapati salah satu pin yang seharusnya bersambung kepada terminal negatif (-ve) bateri putus.

Sambung litar yang putus...

Litar yang putus itu telah saya sambungkan dengan menggunakan wayar dan dipateri seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Alat kawalan jauh tersebut telah berjaya diselamatkan hanya dengan membuat penyambungan di atas sahaja dan masih boleh digunakan semula.

Tested - ok

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.