Saturday 3 October 2020

XS0407-7W LED driver repair

LED driver seperti ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini.

Hari ini saya dirujuk LED driver yang sama dengan masalah hanya menghasilkan output 3.9v sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di bawah dan gagal menyalakan lampu LED.

LED driver ini ialah untuk kegunaan lampu LED 7w dan ianya hanya berfungsi dalam beberapa bulan sahaja.

Setelah dibuka dan diperiksa, hanya sebiji kapasitor output dengan label 22uF, 50v sahaja yang saya dapati bacaannya berkurangan sedikit.

Ini merupakan kali pertama saya menemui bahagian output LED driver menggunakan kapasitor jenis 'low ESR' seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Apabila diperiksa menggunakan multimeter, nilainya ialah 20uF dan hanya kurang 2uF sahaja dari nilai sepatutnya iaitu 22uF. Jika menggunakan kapasitor biasa (bukan jenis 'low ESR'), ianya masih boleh berfungsi lagi.

Sebelum ini saya juga pernah membaiki LED driver 7W jenama lain dan anda boleh rujuk artikel di sini. Bahagian outputnya menggunakan kapasitor 47uF, 35v.

Oleh kerana saya tidak mempunyai kapasitor asalnya iaitu 22uF, 50v, saya gantikan dengan 47uF, 35v atas sebab LED driver jenama lain yang menggunakannya boleh bertahan sehingga melebihi 2 tahun. 35v yang digunakan adalah mencukupi disebabkan voltan outputnya cuma 12v hingga 28v sahaja seperti tertera pada penutupnya dan boleh dilihat pada gambar pertama di atas.

Setelah siap di tukar dan diuji serta diukur dengan menggunakan multimeter, kini voltan outputnya ialah 22.5v seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Sehingga blog ini ditulis, LED driver tersebut telah diuji selama beberapa hari tanpa masalah. Pemilihan kapasitor dengan voltan 35v sahaja berbanding asalnya yang menggunakan 50v juga bersesuaian serta masih dalam julat voltan output LED driver tersebut.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.