Monday, 5 October 2020

400W - 12V, 33A LED rainproof power supply repair

Pagi ini saya dirujuk sebuah PSU yang tidak diketahui jenamanya dengan kemampuan 400W, 33A dan menghasilkan output 12v dengan masalah semua lampu LED hangus ketika kali terakhir digunakan.

400W - 12w, 33A

Sebelum dibuka untuk diperiksa, saya uji transformer/adapter tersebut dan mendapati voltan outputnya terlalu tinggi iaitu 32v seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

32v?
Setelah dibuka dan diperiksa, komponen yang rosak adalah seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah iaitu:-

  1. kipas 12v rosak
  2. 3 biji kapasitor kembung - 2200uF, 16v
  3. Optocoupler (PC817) tiada bacaan bila diukur dengan multimeter pada terminal anod & katod pada papan litar

Setelah dibuka...

Selain daripada komponen di atas yang rosak, terdapat sebiji diod jenis TVS yang dilabel sebagai D3 meletup dan boleh dilihat pada gambar di bawah.

D3 = TVS diode

Setelah saya keluarkan kapasitor pada bahagian outputnya dan diukur, bacaan voltannya masih tinggi iaitu 27.33v. 

27v tanpa kapasitor...

Kapasitor 2200uF, 16v yang digunakan kembung adalah disebabkan voltan yang melebihi kemampuannya iaitu 16v.

Optocoupler berkarat & putus satu terminal...

Seterusnya saya buka serta periksa optocoupler dan mendapati salah satu terminalnya telah berkarat serta putus seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Sambung terminal yang putus...

Optocoupler tersebut tidak rosak ketika saya periksa dan saya pasang kembali serta sambung terminal yang putus seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

2.8v - tanpa kapasitor...

Setelah optocoupler tersebut siap dipasang serta diuji (tanpa kapasitor output) kini bacaan voltan cuma 2.8v sahaja dan setelah kapasitor output dipasang barulah bacaan outputnya 12v.

12v setelah kapasitor dipasang...

Untuk makluman anda, ketika diuji di atas saya tidak memasang diod TVS yang meletup sebab tidak tahu nombor rujukkannya. 

Anda boleh rujuk di sini untuk memilih TVS diod dan saya memilih SA12A sebab kuasa transformer ini ialah 400w.

Voltan pada optocoupler - 1.1v

Fungsi TVS diod hampir sama dengan varistor iaitu untuk keselamatan (protection). Jika terdapat arus elektrik yang meningkat mendadak ia akan menstabilkannya dan jika melebihi kemampuannya, ia akan berubah menjadi litar pintas untuk menghentikan output secara langsung.

TVS diod pada transformer ini telah meletup dan menyebabkannya terus menghasilkan output tinggi yang seterusnya menyebabkan lampu LED hangus serta kapasitor output juga kembung.

Siap & tested - ok

Transformer/adapter ini telah berjaya diselamatkan dan punca kerosakkan utamanya ialah kerosakkan pada optocoupler yang menyebabkan penghasilan voltan tinggi. Saya yakin kipas juga rosak akibat voltan tinggi yang terhasil selepas kerosakkan optocoupler. 

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.