Semalam saya dirujuk sebuah PSU (power supply unit) untuk kegunaan komputer berjenama DELL dengan masalah tidak menghasilkan output langsung.
P/N: D290A001L |
PSU ini direka khas untuk komputer DELL dan modelnya ialah H290AM-00 serta 'part number' pula ialah D290A001L.
Model: H290AM-00 |
Selepas dibuka dan diperiksa, komponen pertama yang saya temui rosak ialah fiusnya dengan nilai 8A.
Setelah penutup dibuka... |
Saya gantikan fius tersebut dengan menyambungkan sebiji mentol 60w dan apabila diuji, lampu mentol tersebut menyala terang dan tidak padam seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Gantikan fius dengan mentol & uji... |
Jika lampu mentol yang menggantikan fius tidak padam ketika diuji bermaksud ada litar pintas pada papan litar. Jika anda hanya tukarkan fius sahaja, ianya pasti akan putus lagi.
Litar pintas... |
Bila saya periksa dengan menggunakan multimeter, rintangan litar pintas ialah kira-kira 3MΩ sahaja dan setelah diperiksa satu per satu akhirnya saya menemui litar pintas pada sebiji mosfet/transistor yang dilabel 9NK957 dan boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.
Kebocoran pada 'thermal pad'... |
Litar pintas tersebut adalah disebabkan 'thermal pad' pada mosfet/transistor tersebut bocor yang mungkin disebabkan panas melampau seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Gantikan 'thermal pad'... |
Setelah mosfet/transistor tersebut saya keluarkan dari papan litar dan periksa semula, tiada litar pintas lagi. Mosfet/transistor tersebut tidak rosak bila diuji dengan multimeter.
sapu 'thermal paste'... |
Saya gantikan kedua-dua 'thermal pad' pada dua komponen di 'heat sink' yang sama dengan jenis yang tahan panas.
Siap tukar 'thermal pad'... |
Setelah siap 'thermal pad' ditukar, saya uji semula PSU tersebut dan masih menggunakan mentol menggantikan fius. Ujian kali boleh diihat pada klip video di bawah.
Jika mentol hanya menyala sekejap sahaja dan padam selepas itu, bermaksud tiada litar pintas lagi dan anda boleh gantikan mentol dengan fius serta diuji semula.
Gantikan fius yang baru... |
Jika mentol tidak padam dan kekal menyala terang, bermaksud masih ada litar pintas lagi dan harus cari sampai dapat.
Komponen yang ditukar... |
Kaedah menguji litar pintas menggunakan mentol ini dinamakan sebagai 'series lamp test' atau 'short circuit lamp test' dan saya pernah kongsikan sebelum ini di sini pada sebuah TV.
Tested - ok |
PSU ini telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula.
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.