Friday 16 October 2020

PHILIPS HP4857/00 thermoprotect super silent 1250 hair dryer repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman membaiki sebuah alat pengering rambut berjenama PHILIPS, Model: HP4857/00 dengan masalah tidak berfungsi walaupun arus elektrik telah di bekalkan.

Philips HP4857/00

Alat pengering rambut ini mempunyai kelebihannya tersendiri iaitu pemegangnya boleh dilipat seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Thermoprotect super silent 1250

Tujuan ianya boleh dilipat ialah untuk mengurangkan ruangan simpanan dan lebih mesra pengguna terutama kepada mereka yang sering bekerja di luar kawasan namun jika bahagian yang boleh dilipat rosak (biasanya longgar) ianya tidak dapat dibaiki. Sila baca sehingga habis jika ingin tahu kenapa ianya tidak dapat dibaiki...

Setelah dibuka...

Seperti biasa, benda pertama yang saya periksa ialah fius pada plug 3-pin dan ianya tidak putus dan masih elok. Tiada 'continuity' di terminal 'L' dan 'N' pada plug 3-pin ketika saya periksa dengan menggunakan multimeter walaupun suisnya telah dilaras.

element pemanas putus...

Seterusnya saya buka alat pengering rambut tersebut dan menemui salah satu elemen pemanasnya putus. Kedudukannya telah telah saya tandakan pada gambar di atas.

sambung element pemanas yang putus...

Masalah elemen pemanas pada alat pengering rambut sering terjadi dan biasanya saya akan sambung kembali seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Susun kemas kembali ke kedudukan asal...

Setelah elemen pemanas yang putus saya sambung kembali, pemeriksaan seterusnya pada plug 3-pin menggunakan multimeter kembali menunjukkan bacaan seperti boleh dilihat pada gambar-gambar berikut.

Pasang kembali semua yang telah dibuka...

Selain daripada elemen pemanas yang putus, banyak rambut yang tersangkut pada kipas bahagian belakangnya dan telah saya bersihkan.

Low - 238kΩ

Ketika membersihkan rambut pada bahagian kipas, saya dapati kipasnya longgar dan ianya mudah dikeluarkan untuk membuat kerja pembersihan.

Medium - 36.65kΩ

Kerja membersihkan rambut yang ada pada bahagian kipas alat pengering rambut adalah wajib sebab ia merupakan masalah sejagat. Ianya juga merupakan punca utama kerosakkan alat pengering rambut kerana boleh menyebabkan kipas berputar dengan perlahan yang seterusnya menyebabkan panas melampau sehingga elemen pemanas putus walaupun dilengkapi 'thermoprotect'.

High - 61.8Ω

Ketika memasang kembali, saya mendapati bahagian pemegang yang boleh dilipat longgar walaupun telah dikunci kuat skrunya. Apabila diperiksa, saya mendapati bahagian yang berfungsi untuk menghadkan serta mengawal pergerakan pemegangnya telah pecah seperti boleh pada gambar di bawah. 

Pecah
Saya cuba gam kembali bahagian yang pecah dengan 'super glue' namun ianya tidak melekat sebab diperbuat daripada polimer yang tahan panas dan tidak dapat di gam. Sehingga hari ini saya belum menemui gam yang boleh mencantumkannya kembali. Jika anda ada menemui gam yang boleh mencantumkan polimer, sila beritahu saya di ruangan komen di bawah, terima kasih.

Saya yakin jika anda berjaya mencantumkan kembali bahagian yang pecah menggunakan gam, ianya akan pecah kembali sebab tidak flexible lagi. Mungkin ianya akan pecah semula setelah pemegangnya dilipat sekali sahaja.

Alat pengering rambut ini telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan namun bahagian yang boleh dilipat tidak dapat diselamatkan.

Siap...

Masihkah anda berminat dengan alat pengering rambut yang pemegangnya boleh dilipat seperti di atas yang tidak dapat dibaiki setelah membaca perkongsian ini?

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.