Showing posts with label multimeter. Show all posts
Showing posts with label multimeter. Show all posts

Friday, 3 October 2025

S470Pro anti-burn analogue multimeter

Baru-baru ini saya terjumpa sebuah multimeter analog yang menarik perhatian saya dengan kemampuan 'anti-burn' dan dilabel S470Pro.

S470Pro

Sekali pandang, multimeter ini kelihatan serupa dengan jenama Pro'sKit, model MT-2207 seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Pro'sKit MT-2207

Untuk mengetahui bagaimana 'anti-burn' berfungsi, saya telah membeli sebuah melalui dalam talian dengan harga RM74.38. 

Shopee - RM74.38

Klip di bawah saya rakam sewaktu 'unboxing' dan tiada fius keselamatan 0.5A, 250v.

Sebiji komponen berwarna kuning digunakan untuk menggantikan fius 0.5A, 250v. Sekali pandang ianya seakan-akan kapasitor seramic atau varistor namun ianya adalah PPTC (Polymeric Positive temperature Coefficient) atau 'resettable fuse'.

Banyak PPTC boleh dibeli di pasaran dengan rating yang berbeza-beza. Fungsinya adalah untuk keselamatan serupa fius dan kelebihannya ialah tidak perlu diganti selagi tidak rosak.

Untuk mengetahui rating PPTC tersebut, saya terpaksa membongkar multimeter tersebut sehingga nombor rujukannya diperolehi.

Jika dilihat pada gambar di bawah, papan litarnya tercatat jelas fius dengan rating 500mA/250v namun telah diganti dengan menggunakan PPTC.

Nombor rujuk PPTC tersebut ialah GR265 500 yang bermaksud ratingnya ialah 265v, 500mA (0.5A).

GR265 500 (265v, 500mA)

Jadi, jika anda inginkan multimeter 'anti-burn', anda hanya perlu gantikan fius keselamatannya dengan menggunakan PPTC sahaja.

Klip video di atas saya rakam sewaktu menguji 'anti-burn' pada multimeter tersebut dan ianya benar-benar berfungsi.

Selamat berDIY... 

Sunday, 24 December 2023

FLUKE 115 multimeter repair

Baru-baru ini pelaras pada multimeter berjenama FLUKE model 115 saya tiba-tiba boleh dilaras melebihi bahagian OFF seperti boleh dilihat pada gambar di bawah

FLUKE 115

Masalah sedemikian biasanya adalah disebabkan penahan di dalamnya telah patah atau pecah.

Buka kesemua skru...

Jika anda berhajat DIY, anda perlu buka multimeter untuk mengetahui kerosakkannya. Setelah penutup dibuka, 7 biji skru seperti telah saya tandakan pada gambar di atas perlu dibuka untuk mengeluarkan papan litar.

Setelah dibuka...

Setelah papan litar dikeluarkan baru lah penahan yang pecah kelihatan dan telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Penahan pecah...

Cara paling senang untuk lekatkan penahan yang pecah tersebut ialah menggunakan 'super glue'.

Gam guna 'super glue'...

Setelah siap digam, pasang kembali kesemua bahagian yang telah dibuka sebelumnya.

Tested - ok

Selamat berDIY...

Sunday, 24 September 2023

FLUKE 789 ProcessMeter repair

Minggu lepas saya dirujuk sebuah multimeter berjenama FLUKE, model 789 dengan masalah gagal berfungsi.

FLUKE 789 ProcessMeter

Menurut pemilik, bateri asal di dalamnya telah bocor namun masih gagal berfungsi walaupun telah diganti dengan bateri yang baru. Multimeter ini menggunakan 4 biji bateri jenis AA.

Setelah penutup bateri dibuka...

Pemeriksaan awal mendapati penyambung bateri tidak bersentuh setelah bateri dipasang dan ianya telah patah sewaktu saya keluarkan seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Keluarkan sambungan bateri yang patah...

Penyambung tersebut patah sebab telah terhakis akibat cecair bateri yang bocor dan teroksida dengan warna hijau melekat padanya.

Pateri sambungan yang patah...

Sebagai percubaan, saya telah bersihkannya dengan menggunakan kertas pasir dan pateri sambungan yang patah seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Siap...

Masalah selesai dan multimeter kembali berfungsi semula setelah diuji seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Testing ..

Untuk makluman semua, masalah kebocoran bateri ini sering berlaku pada bateri jenis alkali (alkaline battery). Keluarkan bateri jika ditinggalkan lama tidak digunakan.

Selamat berDIY...

Monday, 5 December 2022

Sanwa YX360TRF multimeter not functioning repair

Sebelum ini saya pernah kongsikan pengalaman membaiki multimeter seperti ini dan anda boleh rujuk di sini.

Sanwa YX360TRF

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah lagi multimeter serupa dengan masalah langsung tidak berfungsi. Menurut pemilik masalah bermula setelah mengukur voltan namun tersalah laras ke bahagian perintang (Ω).

Setelah penutup belakang dibuka...

Pemilik juga telah menggantikan fius serta bateri yang baharu. Setelah dibuka serta diperiksa dengan mata kasar, saya dapati fius yang ditukar tidak mengikut spesifikasi asal iaitu 0.5A dan menggunakan 4A.

Fius - 0.5A/250v

Seterusnya saya juga mendapati salah sebiji bateri telah terbalik pasang seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Bateri salah pasang...

Masalah selesai setelah bateri yang tersalah pasang telah saya betulkan. Dalam masa yang sama saya juga gantikan fius keselamatan dengan spesifikasi asal iaitu 0.5A sahaja.

Pasang bateri ikut label...

Selamat berDIY...

Thursday, 13 October 2022

Fluke 115 battery replacement

Semua multimeter dilengkapi dengan bateri dan perlu diganti bila tiba masanya. Persoalannya ialah, bilakah kita harus gantikan bateri tersebut?

Low Batt...

Jika anda menggunakan multimeter berjenama Fluke, model 115, baterinya harus ditukar apabila indikator atau simbol bateri menyala pada skrin seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Tanggalkan skru...

Cara menukarnya sangat mudah iaitu hanya dengan membuka sebiji skru pada bahagian belakang multimeter dan gantikan sebiji bateri 9v sahaja.

Gantikan bateri baharu...

Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat berDIY...

Wednesday, 22 June 2022

DIY ESR analog meter

Saya telah lama mengidamkan sebuah meter ESR khas untuk memeriksa kesihatan kapasitor bagi kerja-kerja 'troubleshooting' harian tanpa mengeluarkan kapasitor dari papan litar.

Litar pada PCB...

Saya juga telah membeli sebuah peralatan untuk memeriksa komponen yang mampu mengukur ESR kapasitor sebelum ini dan telah saya kongsikan di sini.

ESR module...

Minggu lepas saya telah bina sebuah meter ESR jenis analog berdasarkan gambar pertama di atas dan jika dipasang pada papan litar ianya seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

DIY...

Komponen yang diperlukan ialah:-

  1. Sebiji 4558 ic
  2. 4 biji 100uf, 10v kapasitor
  3. 4 biji 10kΩ perintang
  4. sebiji 1kΩ perintang
  5. sebiji 10kΩ potentiometer
  6. 2 biji 15Ω perintang
  7. sebiji 220kΩ perintang
  8. sebiji 20kΩ perintang
  9. sebiji 1N4148 diode (D1)
  10. 2 biji 1N4007 diode (D1 & D2)
  11. sebiji kapasitor 1nf (102)
  12. sebiji kapasitor 0.22uF (224)
  13. sebiji bateri 9v
  14. sebuah VU meter

DIY...

Saya tidak pandai membuat papan litar seperti pada gambar pertama serta kedua di atas dan apa yang saya lakukan ialah sambung komponen terus kepada ic JRQ4558D seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

DIY

Banyak multimeter ESR yang dijual menyatakan bahawa frekuensi yang digunakan mencecah 100kHz dan module yang saya bina ini frekuensinya hampir mencecah 75kHz seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Frekuensi hampir 75kHz...

Module yang telah siap saya bina telah diuji serta berfungsi dengan cemerlang seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat mencuba...

Friday, 20 May 2022

LCR-T4 ESR meter

Saya telah lama berkecimpung dengan kerja-kerja melibatkan elektronik dan peralatan (tool) yang digunakan selama ini cuma multimeter analog dan multimeter digital.

LCR-T4

Dalam banyak-banyak komponen yang diperiksa dengan menggunakan multimeter, masalah yang sering saya hadapi ialah pada kapasitor.

Tanpa komponen/rosak

Kadang-kadang kapasitor masih elok jika diperiksa dengan menggunakan multimeter namun tidak berfungsi pada papan litar.

NPN transistor

Masalah sedemikian adalah disebabkan ESR (equivalent series resistance) pada kapasitor tinggi dan ianya tidak mampu diperiksa dengan menggunakan multimeter biasa.

PNP transistor

Hari ini saya kongsikan sebuah alat yang mampu menguji komponen seperti transistor, diod, triac, mosfet, inductor, kapasitor dan banyak lagi.

Diod

Gambar-gambar di atas dan di bawah adalah sebahagian komponen yang telah saya uji dan ianya sangat membantu kita ketika melakukan kerja-kerja memeriksa kesihatan komponen.

LED

Selain memberitahu kita komponen yang diperiksa itu elok atau tidak, ianya juga membekalkan info kedudukan terminal komponen seperti terminal base, emitter dan collector pada transistor.

Triac

Tujuan saya beli LCR-T4 ESR meter ini selain untuk menguji komponen ialah ianya juga mampu mengukur ESR pada kapasitor.

Mosfet

Ianya sangat mudah digunakan dan anda cuma perlu memasukkan terminal kapasitor kepada slot yang disediakan dan tekan butang yang berwarna biru sahaja.

Inductor

Gambar di bawah adalah contoh bacaan ESR pada kapasitor yang saya dapat ketika menguji sebiji kapasitor 1800uF, 6.3v.

Kapasitor

Jadual di bawah adalah rujukan bacaan ESR yang elok mengikut nilainya serta voltan. Secara amnya, bacaan ESR yang rendah adalah baik dan jika jauh berbeza ianya perlu diganti walaupun nilai kapasitannya masih elok.

Carta ESR kapasitor

Anda boleh rujuk kepada klip video di bawah untuk keterangan lanjut.

Thursday, 19 May 2022

SMBJ9.0CA (AV) TVS diode

Setelah 3 minggu berlalu akhirnya TVS diod SMBJ9.0CA yang saya beli melalui atas talian telah tiba.

SMBJ9.0CA

TVS diode ini saya beli untuk baiki multimeter berjenama Pro'sKit yang telah saya kongsikan sebelum ini di sini.

100 biji...

Saya cuma memerlukan sebiji TVS diode sahaja namun ianya dijual dengan jumlah minima sebanyak 100 biji.

TVS diode (SMBJ9.0CA)

Kini multimeter ini ada perlindungan keselamatan (safety) semula setelah TVS diode yang rosak telah saya gantikan dengan yang baharu.

Gantikan dengan yang baharu...

Saya kini ada 99 biji TVS diode SMBJ9.0CA di tangan dan jika ada yang memerlukannya, sila hubungi saya untuk urusan pembayaran serta penghantaran.

Tested - ok

Selamat mencuba...