Friday, 3 October 2025

S470Pro anti-burn analogue multimeter

Baru-baru ini saya terjumpa sebuah multimeter analog yang menarik perhatian saya dengan kemampuan 'anti-burn' dan dilabel S470Pro.

S470Pro

Sekali pandang, multimeter ini kelihatan serupa dengan jenama Pro'sKit, model MT-2207 seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Pro'sKit MT-2207

Untuk mengetahui bagaimana 'anti-burn' berfungsi, saya telah membeli sebuah melalui dalam talian dengan harga RM74.38. 

Shopee - RM74.38

Klip di bawah saya rakam sewaktu 'unboxing' dan tiada fius keselamatan 0.5A, 250v.

Sebiji komponen berwarna kuning digunakan untuk menggantikan fius 0.5A, 250v. Sekali pandang ianya seakan-akan kapasitor seramic atau varistor namun ianya adalah PPTC (Polymeric Positive temperature Coefficient) atau 'resettable fuse'.

Banyak PPTC boleh dibeli di pasaran dengan rating yang berbeza-beza. Fungsinya adalah untuk keselamatan serupa fius dan kelebihannya ialah tidak perlu diganti selagi tidak rosak.

Untuk mengetahui rating PPTC tersebut, saya terpaksa membongkar multimeter tersebut sehingga nombor rujukannya diperolehi.

Jika dilihat pada gambar di bawah, papan litarnya tercatat jelas fius dengan rating 500mA/250v namun telah diganti dengan menggunakan PPTC.

Nombor rujuk PPTC tersebut ialah GR265 500 yang bermaksud ratingnya ialah 265v, 500mA (0.5A).

GR265 500 (265v, 500mA)

Jadi, jika anda inginkan multimeter 'anti-burn', anda hanya perlu gantikan fius keselamatannya dengan menggunakan PPTC sahaja.

Klip video di atas saya rakam sewaktu menguji 'anti-burn' pada multimeter tersebut dan ianya benar-benar berfungsi.

Selamat berDIY... 

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.