Hari ini saya kongsikan pengalaman dirujuk sebuah module untuk kereta mercedes E430.
![]() |
| Mercedes E430 automatic transmission shifter module |
Module ini terletak pada bahagian menukar gear automatik dan menurut pemilik ianya gagal berfungsi setelah dimasuki air milo yang tertumpah.
![]() |
| Papan litar seperti berkarat... |
Gambar di atas adalah keadaan papan litarnya setelah penutupnya telah dibuka.
![]() |
| Nombor rujukan papan litar: A10051Zf |
Nombor rujukan tertera pada papan litar ialahA10055Zf seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
![]() |
| Bahagian belakang papan litar... |
Setelah kesemua papan litar dikeluarkan, hanya bahagian atas papan litar sahaja kelihatan seperti telah berkarat.
![]() |
| De-rust & contact cleaner |
Saya sembur 'antitrust' atau WD40 dan berus dengan menggunakan berus gigi. Setelah bersih, saya sembur dengan 'contact cleaner' supaya benar-benar bersih.
![]() |
| Setelah dibersihkan... |
Setelah kerja pembersihan siap, saya periksa komponen pada papan litar dan tiada yang rosak ditemui.
![]() |
| Bahagian atas papan litar... |
Kerja saya berakhir setakat dengan hanya membersihkan papan litar serta periksa komponen sahaja.
![]() |
| Siap... |
Menurut pemilik, module kembali berfungsi semula setelah dipasang ke kereta serta diuji tanpa masalah.
Selamat berDIY...








No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.