Friday, 12 September 2025

MONITEX capsule mixer CM-II

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah mesin pengadun (mixer) untuk mengadun campuran penampal gigi yang digunakan di klinik pergigian.

High Speed Capsule Mixer HSM3

Tiada jenama tertera pada badan mesin dan labelnya hanya menyatakan model sahaja iaitu HSM3.

Model: HSM3

Masalah mixer ini ialah gagal dihidupkan dan menurut pemilik ianya telah digunakan kira-kira 10 tahun.

Adapter elok - 24vdc

Pemeriksaan awal pada adapter elok dan membekalkan 24vdc seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Setelah penutup dibuka...

Setelah dibuka, papan litarnya tertera perkataan MONITEX dan boleh dilihat pada gambar di bawah dan saya yakin ianya adalah jenama mesin pengadun ini.

Papan litar 'microprocessor'...

Pemeriksaan awal mendapati ada bekalan 24v ke papan litar namun tiada bekalan 5v untuk kegunaan bahagian microprocessor pada papan litar.

Komponen yang didapati rosak...

Komponen yang ditemui rosak telah saya tandakan pada gambar di atas dan di bawah.

  1. U2 = 688AX
  2. U5 = ATMLH922
  3. U6 = 8401L

Keluarkan komponen yang rosak...

Mesin boleh berfungsi setelah komponen yang rosak telah saya tanggalkan dari papan litar dan boleh ditonton pada klip video di bawah. 

Masalah yang saya hadapi ialah komponen berlabel U2 dengan nombor rujukan 688AX tidak diketahui serta semakkan di dalam talian juga tidak menemui sebarang maklumat. 

U5 - ATMLM922

Bentuk fizikal U2 kelihatan seperti transistor atau mosfet namun dilabel dengan huruf U yang bermaksud IC (integrated circuit). Transistor/mosfet biasanya dilabel dengan huruf Q.

U2 - 688AX

Mesin pengadun ini gagal saya baiki disebabkan tiada alat ganti untuk U2. Bagi memastikan tiada kerosakkan selain papan litar di atas, saya tanggalkan papan litar dan melakukan 'bypass'.

Sambungan ke papan litar 'microprocessor'...

Cara melakukan 'bypass' ialah dengan melakukan pintasan pada pin '+24v' & 'On' dan kedudukannya telah saya labelkan pada gambar di atas.

Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di atas.

Selamat berDIY...

Papan litar yang rosak di atas telah saya ganti pada 19/09/2025 dan kembali berfungsi semula seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.