Showing posts with label SONY. Show all posts
Showing posts with label SONY. Show all posts

Friday, 20 June 2025

Sony CFD-V8 CD radio cassette-corder repair

Radio merupakan medium penyiaran yang sangat popular suatu ketika dahulu sebelum wujudnya TV.

Sony CFD-V8 CD radio cassette-corder

Sewaktu zaman penjajahan jepun, memiliki radio adalah satu kesalahan besar. Pemilik radio dan TV perlu membayar lesen tahunan namun telah dimansuhkan pada tahun 1999.

Model: CFD-V8

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah radio berjenama SONY, model CFD-V8 dengan masalah suaranya nyaring sewaktu baru dihidupkan namun semakin lemah selepas itu seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Saya pernah membaiki TV CRT dengan masalah tiada suara langsung dan anda boleh rujuk di sini.

Setelah bahagian hadapan dibuka...

Sewaktu mengujinya, saya dapati tiada masalah suara menjadi lemah jika memainkan kaset serta CD. Masalah suara di atas hanya berlaku jika mendengar siaran radio.

Keluarkan bahagian papan litar...    

Jadi, masalahnya ialah pada audio bahagian radio sebelum dihantar ke bahagian amplifier.

Bahagian atas papan litar...

Pemeriksaan pada bahagian radio menemui sebiji kapasitor kecil dengan nilai 0.47uf, 50v mempunyai bacaan ESR tinggi.

C13 rosak 

Gambar di atas adalah kapasitor yang saya maksudkan dan gambar di bawah pula ialah bacaan ESR sewaktu diperiksa.

C13 (0.47uf, 50v) - High ESR

Percaya atau tidak, masalah suara radio di atas selesai hanya dengan menggantikan sebiji kapasitor kecil tersebut sahaja.

Gantikan kapasitor baru...

Gambar di bawah ialah label pada transformer 12v yang digunakan dan ianya buatan China.

Made in China

Saya menemui label pada gambar di bawah di bahagian bawah radio dan saya yakin ianya merupakan tarikh dibeli.

Mac 28, 2015

Keterangan lanjut pengalaman membaiki radio kali ini boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat berDIY... 

Wednesday, 19 July 2023

SONY KDL-55W650D LED TV repair

Beberapa minggu lepas saya telah dirujuk sebuah TV berjenama SONY, model KDL-55W650D dengan masalah langsung tidak berfungsi selepas dibekalkan arus elektrik.

SONY KDL-55W650D="text-align: center;">

Menurut pemilik, TV ini gagal berfungsi setelah bunyi letupan kedengaran sewaktu menonton TV.

Setelah penutup belakang dibuka...

Setelah dibuka dan diperiksa, saya hanya menemui fius dengan rating 5A sahaja yang putus pada papan litar PSU (Power supply unit).

Gantikan fius 5A...

Memandangkan tiada komponen lain yang rosak ditemui selain fius, saya telah gantikan fius sahaja namun sewaktu mengujinya, satu letupan kecil telah berlaku namun fius yang ditukar tidak putus.

Perintang R8801 (0.1Ω) putus...

Komponen yang meletup tersebut ialah perintang 0.1Ω terbakar seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Kapasitor 101K = 100pf (litar pintas)

Pemeriksaan pada komponen yang berdekatan juga mendapati sebiji kapasitor dengan label 101K turut meletup dan mengalami litar pintas

Kapasitor rosak - litar pintas

Semua komponen yang rosak ditemui ialah:-

  1. Fius 5A
  2. Sebiji mosfet K10A50D
  3. Sebiji perintang 0.1Ω
  4. Sebiji kapasitor seramik 100pf (101k)
Gantikan semua komponen rosak...

Gambar di atas adalah kesemua komponen rosak telah saya gantikan dengan yang baharu selain fius 5A.

Sebagai langkah keselamatan, saya gantikan fius dengan menggunakan sebiji mentol 60W dan mentol hanya menyala sekejap sahaja sewaktu suis dihidupkan seperti boleh ditonton pada klip video di atas. Ujian ini mengesahkan tiada lagi litar pintas pada papan litar.


Seterusnya saya pasang papan litar kembali ke TV dan mentol berkelip-kelip sewaktu diuji. Lampu berkelip-kelip sebab gagal dihidupkan berikutan bekalan elektrik tidak mencukupi sebab rintangan mentol 60W yang sangat tinggi.

Tested - ok

Masalah selesai setelah mentol yang saya gunakan sebagai 'current limiter' ditukar kepada fius 5A semula.

Selamat berDIY...

Saturday, 5 November 2022

Sambungan kabel VGA TV

Awal minggu ini saya telah dipanggil untuk membaiki sambungan kabel VGA pada dua buah TV di pusat penginapan (hotel).

Bandingkan warna dengan gambar di bawah...

Beberapa wayar pada penyambung (male connector) kabel VGA telah putus dan setelah siap di pateri serta diuji, apa yang terpapar pada skrin TV ialah seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Masalah sedemikian adalah seperti yang pernah saya kongsikan sebelum ini berkaitan dengan TV CRT dan anda boleh rujuk di sini.

TV SONY 65"

Pemeriksaan semula pada sambungan 'male connector' mendapati wayar untuk warna merah dan hijau disambung terbalik. 

Gambar di atas dan di bawah adalah paparan layar yang normal setelah kedudukan untuk wayar warna merah dan hijau telah saya betulkan.

TV LG 50"

Gambar di bawah adalah skema sambungan untuk 'male connector' pada cable VGA dan kesilapan di atas adalah disebabkan sambung pin 1 & 2 terbalik.

Selamat berDIY...

Wednesday, 22 December 2021

SONY DVP-SR550K no disc repair

DVD berjenama SONY, model DVP-SR550K ini dirujuk bersama dengan amplifier berjenama marantz untuk dibaiki.

SONY DVP-SR550K player...

Masalah alat pemain DVD ini ialah gagal berfungsi dan memaparkan kod 'no disc' apabila saya uji sebelum dibuka untuk pemeriksaan.

Model: DVP-SR550K

Gambar di bawah menunjukkan keadaan di dalam alat pemain DVD setelah penutup dibuka dan benda pertama saya periksa ialah 'DVD lens'.

Setelah penutup dibuka...

Pemeriksaan dengan mata kasar mendapati banyak debu pada 'DVD lens' dan boleh dibersihkan dengan menggunakan 'cotton bud'.

Bersihkan 'DVD lens' dengan kapas...

Masalah 'no disc' selesai dan DVD berfungsi semula setelah 'DVD lens' dibersihkan seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

DVD ini telah saya sambungkan ke amplifier marantz SR7500 dan berfungsi tanpa masalah seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat mencuba...

Wednesday, 28 April 2021

SONY STR-K760P amplifier repair

Baru-baru ini saya  dirujuk sebuah amplifier 5.1 channel berjenama SONY, model STR-K760P dengan masalah boleh dihidupkan tetapi suara keluar dari speaker terlalu lemah.

SONY STR-K760P

Sebelum dibuka, saya uji amplifier tersebut dan kenyaringan suara yang keluar dari speaker hampir sama dengan kenyaringan telefon bimbit sahaja walaupun telah dilaras maxima.

Model: STR-K760P

Gambar di bawah menunjukkan keadaan di dalam amplifier tersebut setelah penutupnya dibuka dan ianya dipenuhi dengan habuk serta debu.

Setelah penutup atas dibuka, berhabuk...

Setelah dibersihkan, saya periksa satu per satu komponen yang ada dari bahagian atas papan litar dan tidak menemui sebarang komponen yang rosak.

Dah bersih, tiada debu lagi...

Seterusnya saya buka papan litar dan periksa melalui bahagian bawah papan litar seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Bahagian bawah papan litar...

Untuk makluman semua, saya juga tidak menemui sebarang komponen yang rosak dengan menggunakan multimeter.

banyak 'cold solder joint'...

Jika tiada komponen yang rosak, kenapa output ke speaker lemah? Setelah diperhati dengan teliti saya dapati banyak pateri pada bahagian bawah papan litar mengalami 'cold solder joint' seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Siap...

Setelah kesemua 'cold solder joint' pada bahagian bawah papan litar saya pateri semula dan diuji, masalah output yang lemah selesai dan amplifier ini telah berjaya diselamatkan serta boleh digunakan semula.

Sedikit info kepada pemilik amplifier berjenama SONY, klip video di atas saya rakam untuk menunjukkan cara melakukan 'factory reset':-

  1. Pastikan amplifier dalam keadaan 'Off'
  2. Tekan butang 'power' tanpa dilepaskan kira-kira lima saat sehingga perkataan 'push enter' menjelma
  3. Lepaskan butang 'power' dan tekan butang 'enter'
  4. Proses reset selesai setelah perkataan 'clearing' dan 'cleared' berakhir/padam

Selamat mencuba...

Friday, 22 January 2021

SONY ICF-DS15iP personal audio docking system repair

'Personal audio docking system' berjenama SONY ini telah lama dirujuk kepada saya untuk dibaiki dengan masalah tidak mengeluarkan suara.

SONY personal audio docking system

Sebelum dibuka untuk dibaiki, saya sempat mengujinya dan ianya boleh dihidupkan namun langsung tidak mengeluarkan suara.

Model: ICF-DS15iP

Jika tidak mengeluarkan suara, benda pertama yang harus diperiksa ialah speakernya. Sebelum ini saya juga pernah dirujuk sebuah radio kaset berjenama SONY dengan masalah tidak mengeluarkan suara dan anda boleh rujuk di sini.

Buka dan periksa speakernya...

Setelah dibuka dan diperiksa, kedua-dua speakernya rosak dan harus di ganti. Masalah yang saya hadapi kali ini ialah nilai rintangan speaker asal sebab tidak dilabel.

Keluarkan speaker yang rosak...

Saya mencari buku panduannya di atas talian dan mendapati nilai rintangan speaker tersebut ialah 6Ω. Anda boleh rujuk 'service manual' tersebut di sini. 

Atas: speaker baru...

Alat ganti speakernya juga tiada di pasaran tempatan berikutan reka bentuk yang lain daripada lain seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Selain saiz dengan diameter 2.5" yang sama, reka bentuk juga harus sama supaya tidak perlu membuat ubahsuai apabila menukarnya.

7.2Ω

Saya membeli speaker tersebut secara atas talian di shopee dari negara tembok besar China. Nilai rintangan yang terdekat saya jumpa ialah 8Ω namun bila diukur menggunakan multimeter, bacaan yang saya dapat ialah 7.2Ω dan ianya boleh digunakan sebab tidak jauh berbeza.

Pasang speaker baru...

'Personal audio docking system' ini telah berjaya diselamatkan dan mengeluarkan suara semula dengan hanya menukarkan kedua-dua speakernya sahaja. Klip video di bawah saya ambil setelah siap dibaiki dan diuji.


Selamat mencuba...

Sunday, 25 October 2020

SONY BRAVIA KLV-32S400A LCD TV repair

Semalam saya dirujuk sebuah TV LCD berjenama SONY, Model: KLV-32s400A dengan masalah 'mati total'.

SONY Bravia

'Mati total' yang saya maksudkan ialah langsung tidak berfungsi bila dibekalkan arus elektrik termasuk lampu standby juga tidak menyala.

Model: KLV-32S400A

Gambar di bawah merupakan komponen yang boleh dilihat setelah penutup belakangnya saya buka untuk buat pemeriksaan.

Setelah penutup belakang dibuka...

Pemeriksaan awal mendapati bahagian input PSU (power supply unit) ada bekalan elektrik namun bahagian outputnya langsung tiada arus elektrik. Bacaan voltan pada anod dan katod optocoupler hanya 0.23v sahaja.

PSU

Seterusnya saya cabut kabel penyambung kepada mainboard serta backlight dan saya juga tidak mendapat sebarang bacaan voltan output pada PSU.

D6201 = 1S6

Saya buka PSU serta periksa satu per satu komponennya dan menemui litar pintas pada sebiji diod berlabel D6201 di papan litar.

Gantikan dengan zener diod...

Label pada diod tersebut ialah 1S6 yang bermaksud diod 1A, 60V dan ianya direka khas untuk SONY sahaja. Anda boleh rujuk datasheet untuk diod tersebut di sini.

Gantikan 1S6 dengan zener diod...

Oleh kerana diod tersebut direka khas untuk SONY, saya menghadapi masalah bekalannya di pasaran tempatan dan berakhir dengan menggunakan zener diod 1A, 56V seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Testing...

Setelah siap ditukar diod 1S6 dengan zener diod serta diuji, lampu standby telah menyala sejurus sahaja arus elektrik dibekalkan dan boleh dihidupkan semula. Saya menguji TV tersebut beberapa jam sebelum di ambil oleh pemiliknya.

Tested - ok

Selamat mencuba...


Saturday, 8 August 2020

SONY Trinitron KV-1484GE CRT TV with no sound repair

Semalam saya berpeluang membaiki sebuah TV jenis CRT berjenama SONY, Model: KV-1484GE dengan masalah ada gambar tetapi tiada suara.
SONY Trinitron
Ketika saya uji TV tersebut, terdapat sedikit sahaja suara kedengaran walaupun suara (volume) telah dilaras maxima.
Model: KV-1484GE
Apabila dibuka, bahagian pertama yang saya periksa ialah speaker dan ianya masih elok.
Speaker tidak rosak...
Seterusnya saya periksa bahagian audio pada papan litar utama dan juga tidak menemui sebarang komponen yang rosak.
Papan litar utama...
Kemudian saya bekalkan arus elektrik dan periksa voltan pada bahagian audio.
Bahagian input AV...
Akhirnya saya menemui sebiji voltage regulator berlabel 78L09 pada bahagian 'input AV' yang tidak menghasilkan output 9V. Saya mendapat bacaan 16v pada bahagian input voltage regulator tersebut.
Voltage regulator 78L09
Voltage regulator tersebut saya gantikan dengan yang baru seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Gantikan voltage regulator...
Klip video di bawah menunjukkan TV tersebut telah berjaya diselamat dan kembali bersuara semula...
Selamat mencuba...