Beberapa minggu lepas saya telah dirujuk sebuah TV berjenama SONY, model KDL-55W650D dengan masalah langsung tidak berfungsi selepas dibekalkan arus elektrik.
SONY KDL-55W650D="text-align: center;"> |
Menurut pemilik, TV ini gagal berfungsi setelah bunyi letupan kedengaran sewaktu menonton TV.
Setelah penutup belakang dibuka... |
Setelah dibuka dan diperiksa, saya hanya menemui fius dengan rating 5A sahaja yang putus pada papan litar PSU (Power supply unit).
Gantikan fius 5A... |
Memandangkan tiada komponen lain yang rosak ditemui selain fius, saya telah gantikan fius sahaja namun sewaktu mengujinya, satu letupan kecil telah berlaku namun fius yang ditukar tidak putus.
Perintang R8801 (0.1Ω) putus... |
Komponen yang meletup tersebut ialah perintang 0.1Ω terbakar seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Kapasitor 101K = 100pf (litar pintas) |
Pemeriksaan pada komponen yang berdekatan juga mendapati sebiji kapasitor dengan label 101K turut meletup dan mengalami litar pintas
Kapasitor rosak - litar pintas |
Semua komponen yang rosak ditemui ialah:-
- Fius 5A
- Sebiji mosfet K10A50D
- Sebiji perintang 0.1Ω
- Sebiji kapasitor seramik 100pf (101k)
Gantikan semua komponen rosak... |
Gambar di atas adalah kesemua komponen rosak telah saya gantikan dengan yang baharu selain fius 5A.
Sebagai langkah keselamatan, saya gantikan fius dengan menggunakan sebiji mentol 60W dan mentol hanya menyala sekejap sahaja sewaktu suis dihidupkan seperti boleh ditonton pada klip video di atas. Ujian ini mengesahkan tiada lagi litar pintas pada papan litar.
Seterusnya saya pasang papan litar kembali ke TV dan mentol berkelip-kelip sewaktu diuji. Lampu berkelip-kelip sebab gagal dihidupkan berikutan bekalan elektrik tidak mencukupi sebab rintangan mentol 60W yang sangat tinggi.
Tested - ok |
Masalah selesai setelah mentol yang saya gunakan sebagai 'current limiter' ditukar kepada fius 5A semula.
Selamat berDIY...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.