Power amplifier ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.
Kali ini ianya dirujuk semula dengan masalah sama iaitu lampu indikator tidak bertukar ke warna hijau seperti boleh ditonton pada klip video di atas.
KICKER Impulse 354xi |
Perbezaan kali ini dengan dua tahun lepas ialah lampu indikator berwarna hijau muncul sekejap sahaja dan kembali menjadi merah semula.
Setelah dibuka... |
Setelah dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, saya menemui sebiji perintang berlabel R24 pada papan litar terbakar. Mosfet disebelahnya juga mengalami litar pintas seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.
Perintang & IRFZ44 rosak... |
Nilai perintang yang terbakar ialah 100Ω dan setelah kedua-dua komponen tersebut saya gantikan serta diuji, masalah tetap sama dengan lampu indikator merah tidak bertukar menjadi hijau.
Transistor B778 juga rosak... |
Pemeriksaan seterusnya menemui sebiji transistor B778 turut mengalami litar pintas. Setelah transistor ditukar dan diuji, lampu indikator kini boleh bertukar ke warna hijau seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.
Apabila saya sambungkan amplifier kepada speaker untuk diuji, saya dapati salah satu channel menghasilkan bunyi serak serta tidak nyaring. Pemeriksaan pada bahagian pre-amplifier mendapati sebiji IC (integrated circuit) dengan label KIA4559P rosak dan kedudukannya telah saya labelkan pada gambar di bawah.
KIA4559P juga rosak... |
Komponen-komponen yang rosak kali ini ialah:-
- Sebiji perintang - 100Ω
- sebiji mosfet - IFRZ44
- Sebiji transistor - B778
- Sebiji IC - KIA4559P
Semua komponen yang telah ditukar... |
Klip video di bawah saya rakam setelah kesemua komponen di atas telah saya gantikan serta diuji.
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.