Power amplifier ini telah lama dirujuk kepada saya namun belum siap dibaiki sebab alat gantinya tiada di pasaran berhampiran saya.
KICKER Impulse 354xi |
Power amplifier ini berjenama KICKER, model: Impulse 351xi dengan masalah lampu indikator menyala namun kekal berwarna merah dan tidak bertukar kepada warna hijau.
4 channel (2 front & 2 rear) |
Ini adalah ciri keselamatan yang ada pada amplifier moden apabila gagal pemeriksaan sebelum boleh digunakan dan seterusnya mengakibatkan lampu indikator tidak bertukar warna dari merah ke hijau.
Situasi seperti ini dinamakan 'protection mode' yang bertujuan untuk mengelak daripada kerosakkan teruk jika terus digunakan. Biasanya jika kejadian seperti ini berlaku, ada litar pintas dan perlu dibetulkan sebelum boleh digunakan semula.
Setelah penutup bawah dibuka... |
Gambar di atas merupakan keadaan di dalam power amplifier tersebut dan ia menggunakan sepasang transistor untuk setiap channnel iaitu B778 & D998 seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
litar pintas pada sebiji transistor D998 |
Pemeriksaan menyeluruh hanya menemui sebiji transistor berlabel D998 mengalami litar pintas dan setelah saya keluarkan transistor tersebut (D998 yang rosak) dari papan litar serta diuji semula, lampu indikator merah kini boleh bertukar kepada warna hijau.
Siap... |
Walaupun 'protection mode' tiada lagi dan boleh digunakan namun salah satu channel tidak mengeluarkan suara sebab tiada transistor D998. Kerosakkannya ialah pada channel 'front-right'.
Transistor D998 yang rosak... |
Gambar di bawah menunjukkan transistor yang saya beli melalui atas talian, Shopee. Ianya dihantar dari Jakarta, Indonesia, dan sekali imbas bentuk fizikalnya adalah sama serta labelnya juga sama iaitu D998.
Transistor baru vs lama... |
Jika anda tanya saya adakah kualitinya sama? Jawapan saya ialah 'boleh digunakan' dan kualitinya hanya boleh diketahui setelah dipasang serta diuji.
Siap... |
Klip di bawah saya ambil setelah siap dibaiki dan dari pengamatan saya, suara outputnya sama dengan 3 channel yang lain. Sebelum ini saya juga ada menukar transistor yang dibeli secara atas talian dan sehingga hari ini tiada yang kembali dengan masalah sama atau minta dibaiki semula.
Dari pengalaman saya, ketahanan komponen pada amplifier adalah bergantung kepada pengguna sendiri. Jika pengguna hanya menggunakannya untuk menikmati muzik sahaja pasti tiada masalah namun jika pengguna menggunakannya untuk tujuan menunjuk-nunjuk dengan melaras sehingga maksimum terutama untuk mengeluarkan bunyi nada rendah (bass), peluang komponen rosak adalah tinggi.
Selain daripada itu, pemilihan speaker yang sesuai juga amat penting dan tidak membebankan kemampuan amplifier.
Fikir-fikirkan dan selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.