Hari ini saya dirujuk sebiji LED driver berjenama LuxeLAB dengan masalah langsung tidak berfungsi setelah dibekalkan arus elektrik.
Jenama: LuxeLAB |
LED driver ini digunakan untuk menyalakan lampu LED dengan kuasa 8W sehingga 12W seperti boleh dilihat pada labelnya pada gambar di atas.
Setelah dibuka... |
Setelah dibuka dan diperiksa, kerosakkannya ialah pada sebiji kapasitor utama dan sebiji 'bridge rectifier' seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.
Komponen yang rosak... |
Masalah yang saya hadapi kali ini ialah bekalan untuk 'bridge rectifier' jenis SMD dan apa yang saya buat ialah, saya ambil 'bridge rectifier' dari lampu LED yang telah rosak seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Ambil 'bridge rectifier' dari lampu rosak... |
Setelah kedua-dua komponen yang rosak telah saya gantikan serta diuji, LED driver tersebut telah berjaya diselamatkan dan masih boleh berfungsi semula.
Siap & tested - ok |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.