Speaker berjenama PIONEER, Model: TS-M6 ini telah lama saya simpan dan ianya saya kutip dari tong sampah suatu ketika dahulu.
PIONEER 2 way tune up speaker |
Semalam ketika saya mengujinya, saya dapati suara yang keluar dari speaker sangat lemah walaupun pelaras suara telah dilaras maksima.
Model: TS-M6 |
Speaker ini direka pada tahun 80an dan digunakan sebagai 'tweeter' dalam kereta di zaman kegemilangan alat pemain kaset PIONEER KP-88G ketika itu.
Setelah penutup belakang dibuka... |
Setelah dibuka dan diperiksa, sebiji kapasitor bipolar berlabel 40uF, 25v didapati rosak apabila saya periksa menggunakan multimeter seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Kapasitor bipolar 40uF, 25v rosak... |
Oleh kerana kapasitor bipolar tiada pada simpanan saya, saya tukar dengan sebiji kapasitor polar 47uF, 25v dan ianya boleh berfungsi.
Kapasitor polar - 47uF, 25v |
Kapasitor polar tersebut saya guna untuk sementara sahaja dan akan digantikan dengan kapasitor bipolar kelak.
Siap... |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.