PSU (power supply unit) seperti ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.
Model No.: M290AM-00 |
Hari ini saya dirujuk sebuah PSU serupa dengan masalah langsung tidak berfungsi setelah dibekalkan arus elektrik. Pemilik memberitahu saya, psu tersebut gagal berfungsi setelah bekalan elektrik putus secara tiba-tiba (blackout).
Setelah penutup dibuka... |
Setelah dibuka sereta diperiksa, saya hanya menemui fius utamanya putus dan di label F8AH/250VAC seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Fius putus - F8AH/250VAC |
Apabila fiusnya saya buka dan diperiksa, saya dapati nilai yang tercatat padanya ialah 7A namun jika dibandingkan dengan fius 8A yang saya beli, kelihatan wayar di dalamnya sangat halus seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Kiri - putus, Kanan - baru |
Setelah fiusnya saya gantikan dengan yang baru dan diuji, psu tersebut kembali berfungsi tanpa sebarang masalah seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.
F7A atau F1A? |
Dari perbandingan di atas, saya dapati fius asalnya bukan 7A, sebaliknya cuma 1A sahaja berdasarkan ketebalan wayarnya. Label pada psu tersebut ialah 100-240vac/5.4A, mungkinkah ianya boleh berfungsi dengan fius 1A sahaja?
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.