Monday 10 May 2021

SMD aluminium capacitor code

Kadang-kadang saya juga keliru dengan label pada kapasitor aluminium jenis SMD seperti boleh dilihat pada gambar di bawah sebab pengilang masing-masing menggunakan label yang berbeza-beza.

Label seperti pada gambar di atas paling mudah dibaca namun kerana saiznya yang kecil, ianya terpaksa menggunakan kod. Cara kod dilabel juga berbeza-beza dan kadang-kadang mengelirukan kita.

SMD capacitor coading...


 Kod yang digunakan ialah seperti boleh dilihat pada gambar di atas:-

  • j = 6.3v
  • A = 10v
  • C =16v
  • E = 25v
  • V = 35v
  • H = 50v
  • J = 63v
  • 2A = 100v
SMD capacitor coading...

Nilai kapasitor dalam unit micro farad (uF) agak mudah dibaca dan masalahnya ialah pada nilai voltan kapasitor tersebut yang menggunakan huruf abjad.

C = 16v, j = 6.3v

Huruf yang sering mengelirukan kita ialah V sebab ianya juga merujuk kepada voltan. Contohnya ialah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. 220V bermaksud 220uF, 35v dan bukannya '220 volt'.

220uF, 35v

Voltan untuk 6.3v hanya dilabel 6v sahaja pada kapasitor aluminium sebab kekurangan ruang untuk mencetak.

6.3v dilabel 6v saja

Contoh kapasitor 6.3v dilabel 6v sahaja ialah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

22uF, 6.3v

Selamat menghafal kod untuk kapasitor aluminium jenis SMD...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.