Friday 7 May 2021

LG 29FU1RLX-T1 CRT TV picture tube failure

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah TV jenis CRT berjenama LG, model: 29FFY1RLX-T1 dengan masalah layar yang kabur serta berwarna biru seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

LG 29FU1RLX-T1 CRT TV

Biasanya jika layar berwarna merah, hijau atau biru, masalah ialah pada bahagian panel RGB (red, Green, Blue).

Keluarkan papan litar...

Setelah diperiksa pada panel RGB, saya menemui sebiji perintang yang dilabel R901 dengan nilai 220Ω didapati putus seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

R901 = 220Ω putus...

Setelah perintang tersebut saya gantikan dengan yang baru serta diuji, masalah layar berwarna biru dan kabur tetap sama.

Gantikan perintang 220Ω baru...

Pemeriksaan pada 'yoke coil' juga tidak mendapati sebarang masalah. Oleh kerana tiada lagi kerosakkan komponen pada papan litar ditemui, saya cuba ambil papan litar dari TV yang elok untuk diuji dan masalah masih masih sama iaitu berwarna biru dan kabur.

'Yoke coil' masih elok...

Ujian pertukaran papan litar di atas mengesahkan bahawa TV ini mengalami kerosakkan pada senapang elektron (picture tube) dan ianya tidak mampu dibaiki melainkan menukarkan 'picture tube' yang baru (jika ada).

Ini merupakan TV jenis CRT yang pertama dirujuk kepada saya dengan kerosakkan senapang elektron (picture tube) dan ianya 'beyond repair'...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.