Banyak alat pengering rambut (hair dryer) telah saya baiki dan hampir kesemua masalahnya adalah hampir sama.
![]() |
PHILIPS HP8116/03 |
Begitu juga dengan alat pengering rambut berjenama PHILIPS, model: HP8116/03 ini dengan masalah tidak berfungsi setelah dibekalkan arus elektrik.
![]() |
Model: HP8116/03 |
Pemeriksaan menyeluruh padanya mendapati tiada 'continuity' pada wayar hidup dengan menggunakan multimeter.
![]() |
Boleh lipat... |
Bahagian wayar yang putus ialah pada plug 3-pin dan untuk membaikinya ialah potong bahagian yang putus dan sambung kembali wayar kepada plug 3-pin.
![]() |
Setelah penutup dibuka... |
Sesuatu yang menarik perhatian saya pada alat pengering rambut ini ialah bunyi kipasnya agak senyap berbanding dengan lain yang pernah saya baiki sebelum ini.
![]() |
Suis pelaras... |
Suis boleh larasnya terbahagi kepada 4 iaitu:-
- OFF
- On - low speed (low heat)
- On - high speed (low heat)
- On - high speed (high heat)
![]() |
Perintang - coklat, hitam, hijau (1,000,000Ω) |
Sebelum ini saya pernah dirujuk sebuah alat pengering rambut yang hampir serupa di mana kelajuan kipas adalah sama namun kepanasannya berbeza dan anda boleh rujuk di sini.
![]() |
Wayar live (L) putus (potong & sambung kembali) |
Dalam banyak-banyak alat pengering rambut yang pernah dirujuk kepada saya, saya dapati kualiti alat pengering rambut ini sangat baik dan banyak komponen menggunakan logam termasuk penutup muncungnya.
![]() |
Very good quality... |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.