Hari ini saya kongsikan satu pengalaman baru dirujuk dekoder astro njoi dengan masalah 'reboot' sendiri seperti boleh dilihat pada klip video di bawah.
Pemeriksaan pada dekoder astro tidak menemui sebarang kerosakkan dan
saya dapati bahawa voltan dari adapter ke dekoder cuma kira-kira 6v sahaja pada papan litar.
12vdc adapter... |
Adapter yang digunakan bukan adapter asal untuk dekoder astro dan apabila saya cabut penyambungnya dari dekoder serta ukur voltannya, saya dapat bacaan normal 12.3v.
Setelah penutup dibuka... |
Masalah sedemikian sering terjadi pada adapter jenis SMPS dan pemeriksaan menyeluruh pada adapter hanya menemui sebiji kapasitor yang berfungsi sebagai 'feedback capacitor' didapati rosak seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.
Kapasitor 100uF, 16v rosak... |
Kapasitor tersebut dilabel 100uF, 16v namun bila diperiksa dengan menggunakan multimeter, bacaannya cuma 36uF sahaja.
36uF sahaja... |
Masalah dekoder 'reboot' sendiri di atas telah berjaya diselamatkan dengan membaiki adapternya sahaja. Sebelum ini saya juga pernah dirujuk masalah dekoder serupa yang melibatkan kerosakkan adapter asal untuk dekoder astro dan anda boleh rujuk di sini.
Tested - ok |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.