Thursday 6 May 2021

LeBenSSTIL LKHV-P5901AW rechargable handy vacuum cleaner repair

Semalam saya dirujuk sebuah penyedut hampagas (vacuum cleaner) tanpa wayar berjenama LeBenSSTIL model: LKHV-P5901AW dengan masalah langsung tidak berfungsi.

LeBenSSTIL rechargeable handy vacuum cleaner

Penyedut hampagas ini menggunakan kuasa bateri 7.2v, 1300mAH yang boleh dicas semula.

Model: LKHV-P5901AW

Setelah dibuka dan diperiksa, saya dapati tiada voltan dihasilkan oleh bateri yang berwarna hijau pada gambar di bawah.

Setelah dibuka...

Klip video di bawah menunjukkan saya telah cas baterinya dan setelah diuji, ianya boleh berpusing namun cas baterinya cepas habis.


Jika anda mengalami masalah sedemikian iaitu cas bateri cepat habis, tiba masanya untuk menggantikan baterinya.

Bateri 7.2v rosak...

Oleh kerana bateri yang digunakan ialah 7.2v, saya sambungkan dua biji bateri 18650 secara bersiri seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Gantikan bateri baru...

Sebiji bateri 18650 boleh membekalkan 3.7v dan jika dua biji disambung bersiri boleh membekalkan 7.4v.

3.7v, 6800mAh sebiji...

Klip video di bawah saya ambil setelah baterinya telah saya gantikan serta diuji dan ianya boleh digunakan semula tanpa masalah.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.