Saturday 1 May 2021

ASTRO DMT860N decoder

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah dekoder astro lama model DMT860N seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

ASTRO DMT860N decoder...

Decoder ini mempunyai 2 slot kad dan versi software yang digunakan adalah sama dengan dekoder berwarna kelabu (silver) berjenama philips.

Model: DMT860N

Ketika dekoder dirujuk kepada saya, saya dapati ianya belum dibuka 'seal' seperti boleh dilihat pada gambar di atas masih belum terusik lagi.

13/07/2007...

Apabila saya belek-belek dekoder tersebut, saya ternampak satu nota dilekat padanya dan menurut pemilik, ianya merupakan kos memeriksa ketika dirujuk kepada cawangan astro.

Periksa saja kena caj RM50...

Gambar tangkap layar di bawah ialah perbualan di antara saya dan pemilik dan beliau berulang kali memberitahu saya bahawa pihak astro telah mengesahkan dekodernya telah rosak.

Astro cakap dekoder rosak...

Tujuan beliau merujuk dekoder kepada saya ialah supaya membaikinya. Saya sedikit pelik kenapa masih merujuk kepada saya untuk dibaiki sedangkan pihak yang pakar iaitu astro telah mengesahkan yang dekodernya telah rosak.

Setelah penutup dibuka...

Saya buka dekoder tersebut dan pemeriksaan menyeluruh tidak menemui sebarang kerosakkan pada mana-mana komponen.

Tiada masalah ditemui...

Seterusnya saya bekalkan arus elektrik dan mendapati ianya boleh dihidupkan seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Testing - ok

Apabila saya sambungkan kabel 'signal', ianya boleh berfungsi dan ada siaran seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Tidak menyokong saluran HD...

Terdapat beberapa channel tidak berfungsi seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah. Ini adalah disebabkan dekoder lama tidak mampu menyokong siaran berdefinisi tinggi (HD).

Saluran alternatif bukan HD...

Semua boleh berfungsi seperti biasa tanpa sebarang masalah selain channel HD sahaja yang tidak dapat ditonton namun pihak astro ada menyediakan channel gantian yang bukan HD seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Tiada service, mungkin HD...

Saya juga tidak pasti kenapa pihak astro memberitahu pemilik bahawa dekoder tersebut rosak sedangkan ianya elok ketika saya mengujinya di atas.

Saya kembalikan dekoder tersebut kepada pemilik tanpa meminta sebarang bayaran dan memberitahu bahawa dekodernya tidak rosak namun tidak menyokong siaran berdefinisi tinggi atau HD sahaja.

Selama ini saya tidak meminta sebarang bayaran jika peralatan elektrik/elektronik yang dihantar tidak berjaya dibaiki. Begitu juga jika tiada kerosakkan ditemui serta masih berfungsi seperti di atas. 

Mungkinkah saya juga perlu meminta bayaran untuk proses 'troubleshooting' sahaja walaupun tidak berjaya diselamatkan seperti pihak astro lakukan di atas?

2 comments:

  1. bos ada lagi tak decoder astro model DMT860N or DMT870S.kalau ada brp rm?

    ReplyDelete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.