Wednesday 12 May 2021

DIY 6v Battery

Sebelum ini saya pernah kongsikan cara bagaimana membuat/mengantikan bateri 6v yang telah rosak dan anda boleh rujuk di sini.

Bateri asal yang telah rosak...

Hari ini saya kongsikan pula cara yang hampir sama namun mengekalkan rupa asalnya dan perlu sedikit kepakaran kerja-kerja mempateri.

Buka penutup untuk dikitar semula...

Bateri seperti boleh dilihat pada gambar di atas biasanya adalah pakai buang dan harganya 'tidak murah' serta telah dikawal oleh pihak tertentu.

Sediakan 4 biji bateri AA...

Untuk pengetahuan semua, jika anda DIY, kosnya cuma 4 biji bateri saiz AA dan kerja-kerja mempateri seperti boleh dilihat pada gambar-gambar di atas dan bawah.

Pateri dan sambung secara bersiri...

Caranya begini:-

  1. Potong pembalut bateri lama
  2. Buka wayar penyambung untuk digunakan semula
  3. Sediakan 4 biji bateri baru
  4. Buat sambungan bersiri seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah
  5. Periksa voltan untuk memastikan sambungan bersiri elok
  6. Sambung kembali wayar penyambung lama
  7. Balut balik menggunakan pembalut lama & SIAP.
Pateri dan sambung secara bersiri...

Kerja mempateri memerlukan sedikit kepakaran serta pengalaman. Peralatan yang diperlukan ialah:-

  1. Soldering iron
  2. soldering paste
  3. dawai tembaga
Periksa voltan...

Secara ringkas, kita hanya tukar bateri sahaja dan kitar semula pembalut serta wayar penyambungnya semula.

Pasang wayar penyambung...

Tujuan bateri tersebut dibungkus semula seperti asal ialah untuk keselamatan supaya tiada litar pintas berlaku jika tersentuh pada mana-mana bahagian logam ketika dipasang untuk digunakan.

Balut kembali...

Untuk pengetahuan semua, sejak dunia dilanda pandemik CoVid-19, harga barangan telah naik tanpa kawalan dan ini merupakan salah satu kaedah untuk mengelak berbelanja lebih atau berjimat.

Siap...

Fikir-fikirkan dan selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.