Tuesday, 18 May 2021

APC Back-UPS ES500 repair

Sebelum ini saya pernah membaiki UPS berjenama APC, model: ES500 dengan kerosakkan yang sama namun simptomnya berbeza dan anda boleh rujuk di sini dan sini.

Hari ini saya dirujuk sebuah UPS yang serupa dengan masalah seperti boleh ditonton pada klip video di atas iaitu apabila dibekalkan arus elektrik dan dihidupkan, bunyi relay kedengaran berulang-ulang dan berakhir dengan bunyi buzzer tanpa henti.

Setelah penutup bawah dibuka...

Dari pengalaman lepas, ini ada kaitan dengan kerosakkan relay dan setelah dibuka dan diperiksa dengan mata kasar semua kelihatan elok.

Bahagian bawah papan litar...

Pemeriksaan terperinci mendapati ada satu litar terputus seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Litar putus...

Bahagian yang putus itu adalah salah satu terminal kapasitor yang bersambung kepada relay dan setelah dibaiki serta diuji, kini masalah menjadi lebih teruk seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.


Simptom yang boleh ditonton pada klip video di atas adalah sama dengan pengalaman lepas yang mengalami kerosakkan relay.

Litar putus telah dibaiki...

Apabila saya buka relay dan diperiksa, bahagian coilnya elok dengan bacaan rinangan 288Ω.

Relay lama - 288Ω

Ujian seterusnya mendapati salah satu penyambung terminal tidak bersambung setelah bunyi 'tik' kedengaran.

Relay baru - 200Ω

Setelah relay ditukar dan diuji, UPS tersebut telah berjaya diselamatkan dan masalah selesai serta masih boleh digunakan semula.

geganti (relay) yang rosak - 12v

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.