Wednesday 16 January 2019

Baiki monitor LCD DELL 16"

Monitor LCD berjenama DELL ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini. Namun ianya tidak bertahan lama dan kembali dengan masalah yang sama iaitu tiada belakan eletrik. Kali ini komponen yang rosak berlainan dari dahulu.
Setelah monitor dibuka, cuma ada 2 keping papan litar sahaja..
Setelah diperiksa menyeluruh, berikut merupakan komponen yang rosak dan telah saya tanda pada gambar di bawah:-
  1. Kapasitor 470uf, 35V
  2. Kapasitor 100uf, 450v
  3. 2A fius dan
  4. MOSFET N-Channel (P7NK80ZFP)
Power Board
Setelah komponen yang rosak diganti, monitor tersebut kini kembali berfungsi seperti biasa.
Komponen yang rosak

Namun setelah beberapa ketika dihidupkan, kini muncul pula masalah baru iaitu skrin berkelip-kelip seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Saya mengesyaki display board (papan litar sebelah kiri pada gambar pertama di atas) rosak dan setelah di ganti papan litar tersebut baru lah ianya 100% berfungsi seperti normal. Untuk makluman semua, display board tersebut tidak dapat saya baiki dan terpaksa ambil dari monitor lain yang telah rosak skrinnya.

Kesimpulannya, walaupun saya telah berjaya membaikinya dahulu namun ianya rosak kembali disebabkan saya tidak tahu display board tersebut juga telah rosak. Kerosakan kali ini juga adalah akibat daripada display board tersebut.

Tested - OK
Selamat mencuba...

Thursday 10 January 2019

Jalan Darat Miri - Brunei

Hujung minggu yang lepas saya telah mengunjungi negara Brunei melalui jalan darat dengan membawa kereta sendiri dari Miri.

Pertama kali saya melawat negara Brunei ialah pada tahun 2000 dan saya ingin kongsikan pengalaman serta benda/perkara yang harus disediakan sebelum memulakan perjalanan.

Benda yang paling penting sekali yang harus ada ialah passport dengan tarikh luput tidak kurang dari enam bulan, bermaksud anda harus memperbaharui passport anda jika tarik luput kurang dari 6 bulan.

Cara mendaftar kenderaan untuk memasuki negara Brunei
Seterusnya anda perlu sediakan salinan kad pendaftaran kenderaan anda untuk mengisi borang maklumat kenderaan. Untuk makluman, kali terakhir saya melawat negara Brunei, saya perlu isi borang maklumat kenderaan secara manual tetapi minggu lepas saya perlu daftar secara online di sini. Cara mendaftar adalah seperti pada gambar berikut.:-
Pilih 'VES' pada sebelah kanan website

Semak dahulu, jika tiada rekod anda perlu daftar kenderaan anda

Setelah pendaftaran berjaya, 'print screen' kod QR tersebut.

Imbas kod QR anda di sini...

Patuhilah undang-undang bila berada di negara mereka...

Harga minyak mereka kekal sejak pertama kali saya melawat pada tahun 2000.
Anda juga harus menyediakan matawang Brunei iaitu 'Brunei Dollar' untuk membayar tol sebanyak BND3.00. Kadar pertukaran matawang Brunei Dollar ialah 1BND = RM3.05 ketika saya menukar pada minggu lepas. Lokasi tol tersebut ialah di Jambatan Rasau iaitu kira-kira 10 minit memandu setelah melalui kastam & imigresen Sungai Tujuh.
Tol - BND3.00 sehala
Selamat melancong...

Wednesday 9 January 2019

Star Trac Treadmill - elevation error

Hari ini saya kongsikan pengalaman lama yang pernah saya baiki sebelum ini dan cuma kali ini pada jenama treadmill yang berlainan dan anda boleh membacanya di sini.

Masalah treadmill tersebut ialah ia akan mengeluarkan message 'elevation error' ketika ingin menggunakan 'incline' seperti pada klip video di atas dan jek tidak berfungsi.
Pandangan atas jek
Masalah 'elevation' mesti berkaitan dengan jek pada treadmill dan apa yang harus anda lakukan ialah cari jek tersebut & buka penutupnya. Di dalam jek mesti ada sebiji kapasitor dan ukur kapasitor tersebut.
setelah penutup jek dibuka dan cari kapasitor..
Untuk makluman kapasitor pada jek treadmill tersebut cuma 0.28uF sahaja seperti pada gambar di bawah, sedangkan tertera pada kapsitor ialah 5uF.
kapasitor 5uF tapi bila diukur cuma 0.28uF sahaja.
Setelah diganti kapasitor tersebut & diuji, tiada message 'elevation error' lagi dan jek kembali berfungsi seperti normal.

Selamat mencuba...

Saturday 5 January 2019

Thursday 3 January 2019

Baiki MEAN WELL NES-350-12 SMPS

Hari ini saya kongsikan pengalaman baru membaiki SMPS buatan China berjanama Mean Well, model: NES-350-12.
Pandangan atas SMPS
Masalah SMPS tersebut ketika dirujuk kepada saya ialah apabila dibekalkan arus elektrik ia memerlukan masa kira-kira 15 saat untuk dihidupkan dan akan padam bila-bila masa.
Pandangan pada bahagian terminal input/output
Setelah diperiksa secara menyeluruh menggunakan multimeter, kesemua komponen berada dalam keadaan baik. Namun kenapa ianya padam dengan sendiri dan tidak berfungsi serta merta setelah dibekalkan arus elektrik.
Setelah di buka penutup
Seterusnya saya mengambil langkah untuk cuba menukar komponen yang disyaki tidak berfungsi dengan sempurna.

Untuk makluman semua, SMPS ini dilengkapi dengan relay & apabila relay dihidupkan akan kedengaran bunyi 'klik' dan led akan menyala. Oleh yang demikian saya dapati terdapat satu voltage regulator yang membekalkan eletrik kepada relay tersebut iaitu dengan nombor rujukan 7812 dan saya telah menukar voltage regulator (7812) tersebut sebagai percubaan pertama (cuba jaya) seperti yang ditanda pada gambar di atas.
Voltage regulator 7812 yang diganti...
Nasib amat menyebelahi saya dan SMPS tersebut berfungsi dengan normal setelah ditukar voltage regulator sahaja.

Selamat mencuba...

Tuesday 1 January 2019

Baiki FY-400 SMPS

Sebelum ini saya pernah membaiki SMPS (Switching Mode Power Supply) yang tiada jenama mahupun model dan anda boleh baca di sini.

Hari ini saya berpeluang membaiki SMPS buatan China, model FY-400 seperti pada gambar di bawah dan ianya membekalkan 12V untuk kegunaan papan tanda.
SMPS model: FY-400
Ketika dirujuk kepada saya ianya tiada bekalan ouput dan hanya kelihatan 3 biji kapasitor 3300uF, 25V telah kembung dan boleh dilihat dengan mata kasar dan harus diganti.
setelah penutup di buka
Namun masalah sebenar ketiadaan output bukan berikutan kerosakan 3 biji kapasitor sahaja. Setelah diperiksa menyeluruh, berikut adalah komponen yang rosak dan harus di ganti:-
  1. Kipas
  2. 2 biji D13009K transistor
  3. 3 biji kapasitor 25V, 3300uF
  4. sebiji kapasitor 100uF, 50V dan
  5. 2 biji 1.5 ohm perintang
Sebahagian komponen yang rosak...

Transistor yang perlu diganti D13009K

Kapasitor 3300uF, 25V kembung/meletup
Setelah kesemua komponen yang dinyatakan di atas diganti dan di uji, SMPS tersebut kini boleh digunakan lagi seperti pada gambar di bawah.
Akhirnya, output 12V muncul...
Kesimpulan saya punca kerosakan pada SMPS tersebut adalah bermula dari kerosakan pada kipas angin. Fungsi kipas angin tersebut ialah untuk menyejukkan transistor yang akan panas apabila SMPS digunakan.
Kipas yang telah rosak
Bila kipas angin rosak, transistor akan menjadi panas melampau dan kerosakan transistor akan berlaku. Biasanya transistor akan mengalami litar pintas dan seterusnya mengakibatkan perintang 1.5 ohm putus.
Transistor baru (NPN)
Disini saya ingin kongsikan cara bagaimana memeriksa transistor D13009K iaitu transistor jenis NPN dengan menggunakan multimeter.

Transistor mempunyai 3 terminal sahaja dan boleh dilihat seperti pada gambar di atas.
  1. Terminal kiri merupakan Base (B)
  2. Terminal tengah merupakan Collector (C)
  3. Terminal kanan merupakan Emitter (E)
Ada bacaan jika B(-ve) & C(+ve)
Jika kita menggunakan multimeter, hanya dua situasi sahaja multimeter akan menunjukkan bacaan ketika mengukur iaitu:-
  1. sentuh negative multimeter pada Base (B) dan positive pada Collector (C) atau
  2. sentuh negative multimeter pada Base (B) dan positive pada Emitter (E)
  3. Selain daripada 1 & 2 di atas, kesemuannya tidak menunjukkan bacaan. Jika anda mendapat bacaan selain daripada 1 & 2 di atas, transistor tersebut telah mengalami litar pintas dan rosak.
Ada bacaan jika B(-ve) & E(+ve)
Selamat mencuba & selamat menyambut tahun baru 2019...