Thursday 10 January 2019

Jalan Darat Miri - Brunei

Hujung minggu yang lepas saya telah mengunjungi negara Brunei melalui jalan darat dengan membawa kereta sendiri dari Miri.

Pertama kali saya melawat negara Brunei ialah pada tahun 2000 dan saya ingin kongsikan pengalaman serta benda/perkara yang harus disediakan sebelum memulakan perjalanan.

Benda yang paling penting sekali yang harus ada ialah passport dengan tarikh luput tidak kurang dari enam bulan, bermaksud anda harus memperbaharui passport anda jika tarik luput kurang dari 6 bulan.

Cara mendaftar kenderaan untuk memasuki negara Brunei
Seterusnya anda perlu sediakan salinan kad pendaftaran kenderaan anda untuk mengisi borang maklumat kenderaan. Untuk makluman, kali terakhir saya melawat negara Brunei, saya perlu isi borang maklumat kenderaan secara manual tetapi minggu lepas saya perlu daftar secara online di sini. Cara mendaftar adalah seperti pada gambar berikut.:-
Pilih 'VES' pada sebelah kanan website

Semak dahulu, jika tiada rekod anda perlu daftar kenderaan anda

Setelah pendaftaran berjaya, 'print screen' kod QR tersebut.

Imbas kod QR anda di sini...

Patuhilah undang-undang bila berada di negara mereka...

Harga minyak mereka kekal sejak pertama kali saya melawat pada tahun 2000.
Anda juga harus menyediakan matawang Brunei iaitu 'Brunei Dollar' untuk membayar tol sebanyak BND3.00. Kadar pertukaran matawang Brunei Dollar ialah 1BND = RM3.05 ketika saya menukar pada minggu lepas. Lokasi tol tersebut ialah di Jambatan Rasau iaitu kira-kira 10 minit memandu setelah melalui kastam & imigresen Sungai Tujuh.
Tol - BND3.00 sehala
Selamat melancong...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.