Tuesday 1 January 2019

Baiki FY-400 SMPS

Sebelum ini saya pernah membaiki SMPS (Switching Mode Power Supply) yang tiada jenama mahupun model dan anda boleh baca di sini.

Hari ini saya berpeluang membaiki SMPS buatan China, model FY-400 seperti pada gambar di bawah dan ianya membekalkan 12V untuk kegunaan papan tanda.
SMPS model: FY-400
Ketika dirujuk kepada saya ianya tiada bekalan ouput dan hanya kelihatan 3 biji kapasitor 3300uF, 25V telah kembung dan boleh dilihat dengan mata kasar dan harus diganti.
setelah penutup di buka
Namun masalah sebenar ketiadaan output bukan berikutan kerosakan 3 biji kapasitor sahaja. Setelah diperiksa menyeluruh, berikut adalah komponen yang rosak dan harus di ganti:-
  1. Kipas
  2. 2 biji D13009K transistor
  3. 3 biji kapasitor 25V, 3300uF
  4. sebiji kapasitor 100uF, 50V dan
  5. 2 biji 1.5 ohm perintang
Sebahagian komponen yang rosak...

Transistor yang perlu diganti D13009K

Kapasitor 3300uF, 25V kembung/meletup
Setelah kesemua komponen yang dinyatakan di atas diganti dan di uji, SMPS tersebut kini boleh digunakan lagi seperti pada gambar di bawah.
Akhirnya, output 12V muncul...
Kesimpulan saya punca kerosakan pada SMPS tersebut adalah bermula dari kerosakan pada kipas angin. Fungsi kipas angin tersebut ialah untuk menyejukkan transistor yang akan panas apabila SMPS digunakan.
Kipas yang telah rosak
Bila kipas angin rosak, transistor akan menjadi panas melampau dan kerosakan transistor akan berlaku. Biasanya transistor akan mengalami litar pintas dan seterusnya mengakibatkan perintang 1.5 ohm putus.
Transistor baru (NPN)
Disini saya ingin kongsikan cara bagaimana memeriksa transistor D13009K iaitu transistor jenis NPN dengan menggunakan multimeter.

Transistor mempunyai 3 terminal sahaja dan boleh dilihat seperti pada gambar di atas.
  1. Terminal kiri merupakan Base (B)
  2. Terminal tengah merupakan Collector (C)
  3. Terminal kanan merupakan Emitter (E)
Ada bacaan jika B(-ve) & C(+ve)
Jika kita menggunakan multimeter, hanya dua situasi sahaja multimeter akan menunjukkan bacaan ketika mengukur iaitu:-
  1. sentuh negative multimeter pada Base (B) dan positive pada Collector (C) atau
  2. sentuh negative multimeter pada Base (B) dan positive pada Emitter (E)
  3. Selain daripada 1 & 2 di atas, kesemuannya tidak menunjukkan bacaan. Jika anda mendapat bacaan selain daripada 1 & 2 di atas, transistor tersebut telah mengalami litar pintas dan rosak.
Ada bacaan jika B(-ve) & E(+ve)
Selamat mencuba & selamat menyambut tahun baru 2019...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.