Showing posts with label CYNiCS. Show all posts
Showing posts with label CYNiCS. Show all posts

Friday, 26 July 2024

CYNiCS 1080 4 in 1 CCTV camera

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah kamera CCTV berjenama CYNiCS dengan masalah image yang terhasil tidak berwarna.

CYNiCS CCTV camera

Kamera CCTV ini dilengkapi dengan lampu infra merah (infrared) dan mampu merakam walaupun gelap tanpa cahaya.

1080P 4 in 1 CCTV camera

Setelah dibuka dan diperiksa, saya dapati sensor cahaya (light sensor) kurang sensitif dan hanya berfungsi setelah saya suluh dengan lampu kamera telefon bimbit.

Sensor cahaya...

Sebagai percubaan, saya telah buka penutup sensor cahaya tersebut seperti boleh dilihat pada gambar di bawah untuk diuji.

Buka penutup sensor...

Untuk pengetahuan semua, bila cahaya mencukupi, lampu infra merah pada kamera CCTV akan padam dan menghasilkan imej yang berwarna.

hitam/putih ketika gelap (tidak cukup terang)

Gambar di atas dan di bawah adalah perbezaan imej hitam putih dan berwarna yang saya rakam sewaktu mengujinya.

berwarna ketika cukup terang...

Masalah imej kamera CCTV ini berjaya ditangani hanya dengan membuang penutup sensor cahaya sahaja. Kemungkinan sensor cahaya ini kurang sensitif jadi dengan membuang penutupnya, cahaya lebih banyak diterima oleh sensor cahaya dan kembali berfungsi normal.

Klip video di atas saya rakam sewaktu mengujinya, saya guna jari untuk menutup sensor cahaya dan imej hitam putih akan terhasil. Imej kembali berwarna setelah sensor menerima cahaya.

Selamat berDIY...

Thursday, 15 December 2022

CYNiCS HT4261 DVR repair

Sebelum ini saya pernah dirujuk DVR (Digital Video Recorder) untuk dibaiki dan anda boleh rujuk di sini.

Jenama: CYNiCS

Kali ini saya dirujuk sebuah DVR berjenama CYNiCS, Model: HT4216 dengan masalah tidak berfungsi langsung setelah dibekalkan arus elektrik.

Model: HT4216

Majoriti peralatan elektronik moden kini menggunakan teknologi SMT (Surface-mount technology) dan sukar dibaiki disebabkan komponennya sangat halus dan susah diperiksa serta dibaiki.

Setelah penutup dibuka...

Setelah dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, 4 biji kapasitor yang telah saya tandakan pada gambar di bawah kembung dan perlu diganti.

Komponen rosak...

Setelah keempat-empat kapasitor telah saya gantikan dengan yang baharu dan diuji, ianya kembali berfungsi dan masih boleh digunakan semula.

Gantikan kapasitor baru...

Kapasitor adalah komponen 'wear & tear' dan akan rosak bila tiba waktunya. Kapasitor kembung biasanya terjadi pada peralatan elektrik yang digunakan sepanjang masa seperti CCTV, DVR, router, sistem WiFi dan sebagainya.

Kipas juga kembali berpusing...

Selamat mencuba...

Monday, 12 September 2022

CYNiCS TC4310 cctv

Suatu ketika dahulu saya pernah dirujuk sebuah kamera cctv dan diberitahu ianya boleh berfungsi namun gambar pada skrin TV lain daripada sepatutnya.

CYNiCS TC43109

Kamera CCTV yang dimaksudkan berjenama CYNiCS, model TC4310 seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Model: TC4310

Menurut pemilik, ianya kamera baharu dan meminta untuk diperiksa serta dibaiki jika perlu. Kadang-kadang saya rasa pelik juga kenapa barang baru dibeli tiada 'warranty' dan minta untuk dibaiki.

Setelah penutup dibuka...

Seperti biasa saya akan buka dan periksa setakat yang mampu sebab peralatan elektrik/elektronik kini banyak menggunakan komponen SMD serta sukar dibaiki.

Buka lampu IR (infrared)

Setelah habis dibuka satu per satu serta diselongkar, saya tidak menemui sebarang komponen yang rosak mahupun meragukan.

Dah terburai, habis dibuka...

Seterusnya saya pasang kembali apa yang telah dibuka dan baru perasan bahawa kamera CCTV ini mempunyai 2 sambungan untuk 'signal ouput' serta 2 sambungan untuk bekalan elektrik seperti telah saya labelkan pada gambar di bawah.

Cara menyambung kamer cctv...

Setelah bekalkan 12vdc kepada kamera CCTV untuk diuji, saya rasa masalah yang pemilik khabarkan adalah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah iaitu paparan pada skrin TV lain daripada sepatutnya.

Jika sambung '1080p output' ke TV...

Seterusnya saya tukar sambungan 'signal output' ke terminal analog dan akhirnya dapat paparan sepatutnya di skrin TV seperti di bawah.

Jika sambung 'analog video output' ke TV...

Jadi, kamera CCTV tersebut elok dan masalahnya ialah tersalah pilih sambungan 'signal output'.iaitu sama ada sistem analog atau sistem digital.

Selamat mencuba...