Showing posts with label DVD. Show all posts
Showing posts with label DVD. Show all posts

Tuesday, 21 June 2022

Pioneer DV-2042K DVD player repair

Hari ini saya dirujuk sebuah alat pemain DVD berjenama Pioneer, model: DV-2042K dengan masalah 'no power'.

Pioneer DV-2042K DVD player

'No power' yang dimaksudkan ialah gagal berfungsi setelah dibekalkan arus elektrik.

Model: DV-2042K

Setelah dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, sebiji kapasitor dengan nilai 40uf, 400v kelihatan sedikit kembung.

Setelah penutup dibuka...

Pemeriksaan pada PSU (power supply unit) mendapati ada kebocoran pada dua biji kapasitor yang telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Komponen yang rosak pada PSU...

Selain dua biji kapasitor yang bocor, sebiji inductor juga tidak mempunyai keterusan apabila diperiksa dengan menggunakan multimeter.

Siap...

Nasib agak baik sebab inductor tersebut putus akibat daripada cecair yang bocor dari kapasitor berhampiran.

Satu terminal inductor putus...

Nilai inductor tersebut ialah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah iaitu 3.0Ω, 0.59mH setelah terminal yang putus telah saya sambung kembali serta diperiksa.

Nilai inductor - 0.59mH, 3.0Ω

Alat pemain DVD ini berjaya diselamatkan setelah dua biji kapasitor yang bocor telah saya gantikan selain menyambung kembali wayar inductor yang putus.

Kapasitor yang bocor...

Gambar di atas adalah keadaan kedua-dua biji kapasitor yang mengalami kebocoran telah saya gantikan dengan baharu.

Tested - ok

Selamat mencuba...

Wednesday, 4 May 2022

Panasonic SA-PT470 Home Theater Sound System repair

Semalam saya dirujuk sebuah Home Theater berjenama Panasonic model SA-PT470 dengan masalah langsung tidak berfungsi apabila dibekalkan arus elektrik.

Panasonic SA-PT470

Setelah dibuka dan diuji, saya dapati relay berdetik apabila saya tekan butang power namun padam sejurus selepas itu dan indikator langsung tidak menyala.

Model: SA-PT470

Ketika melakukan pemerikasaan saya telah terkena renjatan elektrik apabila menyentuh kapasitor utamanya dan setelah diperiksa dengan menggunakan testpen, ternyata lampu neon tespen menyala seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Seterusnya saya terpaksa buka kedua-dua kapasitor tersebut dari papan litar untuk membuat pemeriksaan lanjut.

Setelah penutup dibuka...

Saya masih dapat bacaan 296uf dan 303uf dari kedua-dua kapasitor tersebut ketika diperiksa dengan menggunakan multimeter.

Kebocoran elektrik pada kapasitor...

Oleh kerana nilainya telah berkurangan hampir 10%, saya gantikan kedua-dua kapasitor dengan nilai sama dengan asal iaitu 330uf, 400v.

Keluarkan kapasitor rosak...

Setelah kapasitor siap ditukar dan arus elektrik dibekalkan untuk percubaan, kini bahawa lampu neon testpen tidak menyala lagi apabila disentuh pada bahagian logam termasuk belakang kapasitor.

Tested - ok

Home theater ini berjaya diselamatkan dan kembali berfungsi semula setelah dengan hanya menukarkan kedua-dua kapasitor utama sahaja.

Selamat mencuba...

Wednesday, 22 December 2021

SONY DVP-SR550K no disc repair

DVD berjenama SONY, model DVP-SR550K ini dirujuk bersama dengan amplifier berjenama marantz untuk dibaiki.

SONY DVP-SR550K player...

Masalah alat pemain DVD ini ialah gagal berfungsi dan memaparkan kod 'no disc' apabila saya uji sebelum dibuka untuk pemeriksaan.

Model: DVP-SR550K

Gambar di bawah menunjukkan keadaan di dalam alat pemain DVD setelah penutup dibuka dan benda pertama saya periksa ialah 'DVD lens'.

Setelah penutup dibuka...

Pemeriksaan dengan mata kasar mendapati banyak debu pada 'DVD lens' dan boleh dibersihkan dengan menggunakan 'cotton bud'.

Bersihkan 'DVD lens' dengan kapas...

Masalah 'no disc' selesai dan DVD berfungsi semula setelah 'DVD lens' dibersihkan seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

DVD ini telah saya sambungkan ke amplifier marantz SR7500 dan berfungsi tanpa masalah seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat mencuba...

Thursday, 18 July 2019

LG DP122 DVD player repair

Semalam saya dirujuk sebuah alat pemain DVD berjenama LG, Model: DP122 dengan masalah langsung tidak dapat dihidupkan.
Jenama: LG, Model: DP122
Jika peralatan eletronik tidak dapat dihidupkan, masalahnya semestinya pada 'power board' yang gagal membekalkan arus eletrik untuk kegunaannya.
Power board
Setelah diperiksa 'power board' tersebut, komponen yang didapati rosak adalah seperti yang saya telah tandakan pada gambar di atas.
  1. 2 biji kapasitor utama 15uF, 450v
  2. sebiji perintang 2.2Ω/2W
Kapasitor yang bocor...
Oleh kerana kapasitor 15uF, 450v tidak mempunyai bekalan maka saya terpaksa menggunakan sebiji 33uF, 450v untuk menggantikan kedua-dua kapasitor tersebut.
Komponen baru...
Untuk makluman, perintang 2.2Ω(2W) tersebut bertindak sebagai fius dan ianya putus akibat litar pintas daripada kapasitor yang bocor di atas.
Testing
Setelah komponen yang dijumpai rosak dan diganti serta di uji, kini alat pemain DVD tersebut kembali beroperasi seperti biasa.
Tested - ok

Selamat mencuba...

3BR4765JZ
Datasheet 3BR4765JZ.
 

Saturday, 16 March 2019

LG DS8521P DVD player repair

Ini ialah dvd milik saya dan pernah saya baiki dahulu. Anda boleh membacanya di sini. Kali ini ianya mengalami penyakit yang baru iaitu penyakit padam sendiri setelah kira-kira 5 minit digunakan. Selepas padam dengan sendiri, ianya boleh dihidupkan semula dengan menekan butang 'power' dan akan padam semula selepas kira-kira 5 minit beroperasi.
LG DS8521P dvd player
Seperti biasa saya akan buka dan periksa komponen yang rosak dan akan menggantikannya. Kali ini saya telah menemui beberapa komponen yang rosak dan harus di ganti.
Pandangan dalam setelah penutup dibuka
Komponen yang didapati rosak adalah seperti berikut (lihat pada gambar di bawah)
  1. 2 biji 0.1uF 275V ac kapasitor
  2. sebiji perintang 22K ohm
Komponen yang bertanda perlu diganti
Perintang baru 22K ohm

Kapasitor 0.1uF, 275V ac
Namun setelah menggantikan komponen seperti dinyatakan di atas, penyakit padam sendiri tetap tidak berubah. Saya sempat mencari 'datasheed' untuk ic DM0265R di internet dan anda juga boleh dapatkannya di sini.
ic yang saya tukar dahulu masih berkeadaan baik
Setelah meneliti 'datasheet' ic tersebut, saya dapati bahawa ic tersebut dilengkapi dengan 'internal thermal shutdown function (TSD)' dan saya mengesyaki kemungkinan ic tersebut telebih panas dan padam sendiri.

Berpandukan maklumat tersebut saya cuba menyejukkan ic tersebut dengan menambahkan 'heat sink' pada permukaan atasnya. Setelah diuji ternyata penyakit padam sendirinya telah lenyap.


Tambah 'heat sink' pada ic DM0265R (Tested - OK)
Saya juga hairan kenapa dahulu selepas saya menggantikan ic tersebut ianya tidak panas melampau sehingga padam sendiri. Kenapa setelah beberapa tahun digunakan kini timbul penyakit sensitif panas melampau?

Sehingga blog ini ditulis, dvd tersebut telah diuji dan berfungsi selama kira-kira 2 jam tanpa penyakit padam sendiri.

Selamat mencuba...

Friday, 1 December 2017

Pioneer DVD player repair (DV-120K-K)

Hari ini saya telah berjaya membaiki sebuah DVD jenama: Pioneer, Model: DV-120K-K dengan masalah tiada bekalan elektrik langsung.

Setelah dibuka, jelas kelihatan sebiji IC dengan nombor MIP2K4 telah meletup seperti pada gambar di bawah.
IC MIP2K4 meletup...
Namun setelah IC tersebut diganti, pemain DVD tersebut masih lagi tidak mempunyai bekalan eletrik dan gagal dihidupkan. 
IC MIP2K4 telah diganti
Rupa-rupanya fius 1.6A juga putus & setelah diganti barulah DVD berfungsi seperti biasa.
fius 1.6A juga putus &telah  diganti
Untuk makluman, biasanya jika kerosakan melibatkan IC, fius juga akan turut putus berikutan litar pintas pada IC tersebut.

Wednesday, 8 November 2017

Baiki alat pemain cakera padat CD/VCD/DVD/Blu ray

Dewasa ini boleh dikatakan setiap rumah memiliki alat pemain cakera padat. Namun jika alat pemain cakera padat anda gagal berfungsi, apa yang anda akan lakukan? Adakah anda akan buka dan cuba baiki? atau hantar ke kedai elektronik berdekatan untuk dibaiki? ataupun beli yang baru?

Jika anda ada pengetahuan dalam bidang elektronik, saya yakin anda akan cuba baiki sendiri tetapi tidak semua yang boleh melakukannya. Harus di ingat bahawa jika anda tidak ada pengetahuan tentang elektronik, jangan sekali-kali anda cuba baiki sendiri. Ini disebabkan elektrik amat merbahaya jika tidak dikendalikan dengan betul.

Hari ini saya kongsikan satu pengalaman membaiki alat pemain DVD yang asyik kata "NO-DISC" walaupun sebenarnya DVD telah berada di dalamnya.
Setelah dibuka penutup bahagian atas
Jika alat pemain DVD anda boleh dihidupkan tetapi tidak dapat membaca DVD tersebut, ini bermakna kerosakkannya ialah pada bahagian lensa DVD. Namun apa yang berlaku pada DVD ini ialah DVD gagal berputar setelah dimasukkan. Kenapa?
Motor/Dinamo yang rosak
Setelah diperiksa, ternyata salah satu motor/dinamo yang mengerakkan DVD tidak berfungsi.
Bahagian bawah dinamo/motor
Setelah dibuka dinamo/motor tersebut ternyata salah satu penyambung kepada dinamo tersebut telah haus dan putus mengakibatkan terputus bekalan elektrik untuk mengerakkan dinamo tersebut seperti pada gambar di bawah.
Penyambung bekalan eletrik bahagian atas telah haus & putus
Oleh kerana tidak ada alat ganti maka saya cuba baiki dinamo tersebut dengan menukar penyambung bekalan eletrik ke dinamo dengan wayar tembaga seperti pada gambar di bawah.
Penyambung bahagian kanan telah saya ganti dengan wayar tembaga
Setelah di pasang kembali dan dihidupkan ternyata DVD kini berputar dengan lajunya seperti pada gambar di bawah.
Eh... dah berpusing lah...

Masukkan CD/DVD

Eh.. kenapa berhenti?

Tekan 'play'

Yes! tested - OK
Selamat mencuba... Ingat kalau tak ada pengetahuan elektronik, jangan jadi tikus baiki labu...

Thursday, 3 October 2013

IC101

DVD berjenama LG, Model: DS8521P telah lama saya miliki (tahun 2006) dan minggu lepas ia telah gagal berfungsi sepenuhnya berikutan ketiadaan bekalan elektrik dari 'power board'. Memandangkan harga DVD yang baru hanya dalam lingkungan RM100.00 sahaja, maka saya cuba membaikinya sendiri.

Setelah dibuka dan diteliti, didapati bahawa IC yang dilabelkan IC101 (DM0265R) telah gagal menghasilkan kuasa elektrik untuk menggerakkan DVD tersebut. Saya dapatkan IC tersebut di kedai eletronik dengan harga RM10.00 sebiji dan setelah diganti, DVD boleh digunakan semula...
DVD LG Model DS8521P
IC101 - DM0265R
Dah berfungsi kembali... ;)